As part of our commitment to provide the most reliable service to our clients, there will be maintenance this weekend.
Maintenance Details:
Please note that the following aspects might be affected during the maintenance:
1. During the maintenance hours, the Client Portal and VT Markets App will be unavailable, including managing trades, Deposit/Withdrawal and all the other functions will be limited.
2. The price quote and trading management will be temporarily disabled during the maintenance. You will not be able to open new positions, close open positions, or make any adjustments to the trades.
3. There might be a gap between the original price and the price after maintenance. The gaps between Pending Orders, Stop Loss, and Take Profit will be filled at the market price once the maintenance is completed. It is suggested that you manage the account properly.
The above data is for reference only. Please refer to the MT4 / MT5 / VT App for the specific maintenance completion and marketing opening time.
Thank you for your patience and understanding about this important initiative.
If you’d like more information, please don’t hesitate to contact [email protected].
Please note that the dividends of the following products will be adjusted accordingly. Index dividends will be executed separately through a balance statement directly to your trading account, and the comment will be in the following format “Div & Product Name & Net Volume”.
Please refer to the table below for more details:
The above data is for reference only, please refer to the MT4/MT5 software for specific data.
If you’d like more information, please don’t hesitate to contact [email protected].
Please note that the dividends of the following products will be adjusted accordingly. Index dividends will be executed separately through a balance statement directly to your trading account, and the comment will be in the following format “Div & Product Name & Net Volume”.
Please refer to the table below for more details:
The above data is for reference only, please refer to the MT4/MT5 software for specific data.
If you’d like more information, please don’t hesitate to contact [email protected].
Dolar AS mula kembali stabil selepas Presiden Trump memuktamadkan perjanjian perdagangan baru dengan Jepun. Perjanjian itu memperkenalkan tarif sebanyak 15% ke atas import dari Jepun, jauh lebih rendah berbanding kadar 25% yang diancam dalam surat awal minggu ini.
Pendekatan yang kurang agresif ini telah membawa ketenangan kepada pasaran mata wang, dengan Indeks Dolar AS (USDX) meningkat sebanyak 0.1% kepada 97.488 pada waktu artikel ini ditulis.
Perjanjian ini juga mungkin membuka jalan kepada aliran masuk modal yang baru. Komitmen Jepun untuk melabur sebanyak $550 bilion ke dalam ekonomi AS menambah sokongan jangka sederhana hingga panjang kepada dolar, khususnya dalam persekitaran ketidaktentuan ekonomi global.
Rundingan tambahan turut berlangsung, termasuk pengaturan semula terma perdagangan dengan Filipina dan perjanjian yang sedang dibentuk dengan Indonesia.
Analisis Teknikal
Indeks Dolar terus tergelincir dalam perdagangan harian sebelum menemui sokongan pada paras 97.009, iaitu tahap di mana pembeli mula masuk untuk menghentikan kejatuhan. Carta 15 minit menunjukkan pergerakan mendatar yang perlahan sejak lantunan itu, dengan momentum masih lemah.
USDX cuba menembusi semula paras 97, seperti yang dipaparkan di aplikasi VT Markets.
MACD telah melintasi garis isyarat ke atas, tetapi dengan volum yang rendah dan histogram yang rata, ia menandakan fasa pemulihan yang lemah dan bukannya pembalikan arah yang sah.
Mmoving average mula menghampiri antara satu sama lain, dan harga sedang cuba menawan semula kawasan 97.15, di mana rintangan 30-MA sedang mengehadkan pergerakan menaik.
Pihak bull perlu menembusi dengan jelas paras 97.27 untuk mengubah struktur intrahari kepada arah menaik. Sehingga ini terjadi, sentimen pasaran kekal berhati-hati.
Powell Terus Jadi Perbualan
Walaupun ketegangan perdagangan telah reda, perhatian politik terhadap Federal Reserve masih berterusan. Treasury Secretary AS, Scott Bessent, memberitahu Fox Business bahawa Pengerusi Fed, Jerome Powell, patut dikekalkan dalam jawatannya, walaupun beliau sebelum ini menyokong semakan terhadap operasi bank pusat itu.
Kenyataan beliau menekankan betapa pentingnya kredibiliti dasar dalam pasaran mata wang. Dengan Fed kini berada di bawah pemerhatian, sebarang ketidakkonsistenan dalam panduan masa hadapan atau perubahan dasar yang terlalu dovish secara mengejut boleh menambah tekanan terhadap dolar.
Unjuran Berhati-Hati
Buat masa ini, sokongan pada paras 97.00 nampaknya masih kukuh. Jika keadaan makroekonomi stabil dan data kekal positif, USDX berkemungkinan naik sedikit ke julat 97.50–97.60.
Namun begitu, pedagang harus kekal berwaspada. Sebarang ketegangan politik yang timbul semula terhadap Fed atau retorik perdagangan yang kembali agresif boleh menghadkan potensi kenaikan dan menarik semula dolar ke paras sokongan.
Buat masa ini, pemulihan ini masih rapuh. Ianya lebih kepada penghentian sementara dari satu pembalikan arah yang kukuh.
Please note that the dividends of the following products will be adjusted accordingly. Index dividends will be executed separately through a balance statement directly to your trading account, and the comment will be in the following format “Div & Product Name & Net Volume”.
Please refer to the table below for more details:
The above data is for reference only, please refer to the MT4/MT5 software for specific data.
If you’d like more information, please don’t hesitate to contact [email protected].
Pada 9 Julai 2025, Bank Negara Malaysia (BNM) membuat satu keputusan yang dijangka ramai, tetapi ianya tetap menarik perhatian.
Buat pertama kali sejak Mei 2023, BNM menurunkan Overnight Policy Rate (OPR) sebanyak 25 mata asas kepada 2.75%. Gabenor BNM, Datuk Seri Abdul Rasheed Ghaffour, berkata langkah itu adalah bersifat proaktif untuk memastikan kelancaran pertumbuhan Malaysia dalam keadaan global yang tidak menentu.
Jika anda mengikuti berita kewangan, semakan kadar faedah dari seluruh dunia sering kali dipaparkan. Tetapi, kadar faedah hanyalah satu daripada banyak alat dalam senjata bank pusat.
Jadi, apakah itu sebenarnya bank pusat? Kenapa ia penting? Dan bagaimana ia membentuk dunia kewangan yang dihadapi oleh pedagang setiap hari?
Mari kita huraikan semuanya.
Apa Itu Bank Pusat?
Anda boleh menganggap bank pusat sebagai enjin kepada sistem kewangan sesebuah negara.
Ia berada di kedudukan tertinggi dalam rantaian monetari, memainkan peranan sebagai pengawal selia, penguat kuasa, penyelidik, dan sumber keselamatan utama. Ia adalah satu-satunya institusi yang boleh mengeluarkan wang, mengawal inflasi, dan menyelamatkan bank dari krisis.
Dan jika mahu, bank pusat boleh menggoncang pasaran hanya dengan satu kenyataan.
Apabila ia berfungsi dengan baik, kebanyakan orang hampir tidak menyedarinya.
Tetapi apabila ia gagal, semua orang akan merasainya!
Sejarah Ringkas Bank Pusat
Versi awal bank pusat muncul pada abad ke-17 di Eropah. Riksbank Sweden, yang ditubuhkan pada tahun 1668 dan memegang gelaran bank pusat tertua di dunia.
Tetapi Bank of England, yang ditubuhkan pada tahun 1694, mentakrifkan semula apa itu bank pusat: mengurus hutang, menstabilkan ekonomi, dan mengawal kadar faedah serta bekalan wang.
Beberapa abad yang kemudian, fokus bank pusat kepada pembiayaan perang menjadi semakin kecil dan lebih menjerumus kepada meredakan kitaran kemelesetan dan pertumbuhan. Abad ke-20, terutamanya selepas Great Depression, bank pusat mula mengalami perubahan sedikit demi sedikit dan menghampiri versi bank pusat yang kita lihat hari ini.
Institusi seperti Federal Reserve AS (ditubuhkan pada tahun 1913) mula campur tangan dengan lebih aktif, melaraskan kadar faedah, mencetak wang, dan menetapkan dasar monetari untuk mengelakkan keruntuhan ekonomi.
Hari ini, hampir setiap negara utama mempunyai bank pusatnya sendiri, dan pengaruh mereka melangkaui sempadan negara.
Tanggungjawab Bank Pusat
Bank pusat adalah lebih dari sekadar menentukan kadar faedah. Tanggungjawab mereka merangkumi hampir setiap bahagian dalam sistem kewangan seperti yang ditunjukkan dalam senarai ini:
Mengemudi Ekonomi Dengan Dasar Monetari
Ini adalah tugas bank pusat yang paling diketahui umum. Dengan melaraskan kadar dasar (seperti OPR Malaysia atau kadar dana Fed AS), mereka mempengaruhi kos pinjaman.
Kadar rendah merangsang perbelanjaan dan pelaburan. Kadar tinggi menyejukkan ekonomi untuk melawan inflasi. Ia adalah keseimbangan antara pertumbuhan dan kestabilan.
Bertindak Sebagai Pengadil Sistem
Bank komersial tidak mengawal diri mereka sendiri, tetapi ia adalah tanggungjawab bank pusat. Mereka menyelia sektor kewangan, memastikan bank-bank komersial tidak mengambil risiko melampau yang boleh mencetuskan krisis.
Keperluan modal, peraturan kecairan, ujian tekanan: semuanya berada dalam kawalan bank pusat.
Mencetak Dan Mengawal Wang
Bank pusat mengeluarkan mata wang sah sesebuah negara dan menentukan berapa banyak wang yang sepatutnya wujud dalam ekonomi.
Terlalu banyak, anda berisiko menghadapi inflasi. Terlalu sedikit, ekonomi boleh bergerak perlahan. Mereka juga memerangi pemalsuan dan memastikan mata wang kekal dipercayai.
Mengurus Rizab Mata Wang Negara
Bank pusat memegang rizab dalam mata wang asing. Bayangkan USD, EUR, CAD, yang digunakan untuk menstabilkan mata wang domestik apabila berlaku volatiliti. Rizab ini juga penting untuk perdagangan antarabangsa, pembayaran hutang, dan diplomasi ekonomi.
Menjadi Pemberi Pinjaman Terakhir
Apabila bank komersial menghadapi masalah kecairan (seperti yang berlaku dalam krisis 2008), bank pusat akan campur tangan. Mereka menyediakan pembiayaan kecemasan, biasanya dengan cagaran, untuk memastikan kredit terus mengalir dan mengelakkan keruntuhan sistemik.
Ia adalah jaringan keselamatan kewangan yang utama.
Menyediakan Kajian Dan Panduan
Bank pusat memiliki pasukan ahli ekonomi yang memantau trend inflasi, data gaji, peralihan pekerjaan, dan risiko geopolitik. Maklumat ini membentuk keputusan dasar mereka.
Pasaran memerhati laporan bank pusat dengan teliti, dan pedagang menafsirkan setiap perkataan ke dalam penilaian harga.
Hubungan (Atau Ketiadaan Hubungan) Antara Bank Pusat Dan Politik
Bank pusat selalunya beroperasi secara bebas atas satu sebab – untuk melindungi dasar monetari daripada agenda politik jangka pendek. Tetapi itu tidak bermakna mereka kebal daripada tekanan.
Dua contoh terkini menunjukkan bagaimana campur tangan politik boleh menggugat keyakinan pasaran. Dan kadang-kadang, campur tangan ini boleh memusnahkan seluruh ekonomi.
1. Trump Menentang Fed
Ia adalah drama perebutan kuasa yang mendominasi tajuk utama sejak Trump mengambil alih Oval Office pada 2017.
Trump kerap mengkritik Federal Reserve dan pengerusinya, Jerome Powell, kerana tidak menurunkan kadar faedah dengan kadar segera. Bahkan, Trump mencadangkan untuk memecat Powell, yang mencetuskan kebimbangan mengenai autonomi Fed.
Apabila ahli politik memberi tekanan kepada bank pusat seperti ini, pelabur mula tertanya-tanya:
Adakah kita masih bermain mengikut peraturan? Atau peraturan sudah berubah?
Ketidaktentuan itu sahaja boleh menjejaskan kestabilan pasaran.
2. Eksperimen Monetari Erdogan
Di Turki, keadaannya lebih ekstrem.
Presiden Recep Tayyip Erdoğan percaya bahawa kadar faedah yang tinggi menyebabkan inflasi. Ini adalah satu pandangan yang bertentangan dengan teori ekonomi asas.
Beliau memberi tekanan kepada Bank Pusat Republik Turki untuk berulang kali menurunkan kadar, walaupun ketika inflasi melonjak.
A deputy governor at Turkey’s central bank delivers a rare public rebuke of years of unorthodox monetary policy under President Erdogan https://t.co/aDVOTUfVn9
Beliau memecat gabenor bank pusat yang tidak mengikut arahannya.
Hasilnya? Krisis mata wang mula merekah.
Lira Turki menjunam, inflasi meningkat dengan mendadak, dan pelabur melarikan diri. Ia adalah kajian kes mengapa kebebasan bank pusat bukan sekadar teori akademik.
Ia adalah asas kepada keyakinan pasaran.
Kenapa Kebebasan Politik Penting Untuk Bank Pusat
Kebebasan bank pusat bukan saja terhad kepada isu teknikal perundangan. Ia adalah pelindung di antara ekonomi yang stabil dan kekacauan politik.
Mengelakkan Manipulasi Politik
Bayangkan jika ahli politik mempunyai kawalan penuh ke atas dasar monetari. Apa yang mereka akan buat sebelum pilihan raya?
Naikkan perbelanjaan, turunkan kadar, dan banjiri ekonomi dengan wang untuk merangsang pertumbuhan jangka pendek. Langkah yang strategik untuk tajuk utama, tetapi buruk untuk inflasi.
Sebab itulah bank pusat perlu kekal bebas daripada agenda politik. Untuk menghalang dasar monetari daripada menjadi alat kempen. Kebebasan membolehkan mereka berkata ‘tidak’ apabila semua orang berkata ‘ya’.
Kredibiliti Dalam Mengawal Inflasi
Bank pusat yang tidak tunduk kepada kuasa politik boleh kekal fokus kepada kestabilan jangka panjang. Amalan ini membina kredibiliti, dan kredibiliti adalah segalanya.
Jika pasaran percaya bank pusat akan melakukan apa sahaja untuk mengawal inflasi, jangkaan akan disesuaikan. Inflasi kekal terkawal. Mata wang kekal kukuh. Kenaikan kadar menjadi lebih berkesan.
Ia adalah kitaran balas yang hanya berfungsi jika keputusan institusi tersebut dipercayai.
Bank pusat yang bebas tidak perlu menunggu parlimen atau kongres meluluskan kenaikan kadar atau pembelian bon. Mereka boleh bertindak pantas. Mereka pilih alat mereka. Mereka bertindak berdasarkan data, bukan politik.
Jenis kelincahan ini telah menyelamatkan ekonomi lebih dari sekali.
Perlindungan Undang-Undang Dan Institusi
Kebanyakan bank pusat dilindungi oleh undang-undang yang memberi pemimpin mereka tempoh perkhidmatan tetap dan menggariskan autonomi mereka. Ia bukan sekadar tradisi. Ia adalah undang-undang.
Peraturan ini direka untuk menghalang campur tangan dan memastikan keputusan dasar dibuat berdasarkan asas makroekonomi, bukan faktor politik.
Pendek kata? Apabila bank pusat kekal di laluan mereka, pasaran boleh fokus pada isyarat, bukan gangguan. Jika realiti adalah sebaliknya, kekacauan pasti menyusul.
Bagaimana Bank Pusat Menggerakkan Pasaran Forex
Jika anda berdagang forex, anda sebenarnya berdagang jangkaan terhadap bank pusat.
Keputusan mereka (dan petunjuk mengenainya) boleh menentukan naik turun sesebuah mata wang. Inilah cara-caranya:
Kadar Faedah Mendorong Permintaan
Kadar faedah yang tinggi menarik modal. Pelabur mahukan pulangan, dan jika satu negara menawarkan pulangan lebih tinggi daripada yang lain, mata wangnya akan menguat.
Itulah sebabnya mata wang seperti USD sering melonjak apabila dasar kadar kuat dilaksanakan. Jika kadar terlalu rendah, perkara sebaliknya boleh berlaku.
Mengurus Rizab Mata Wang
Bank pusat memegang rizab dalam mata wang asing, dan mereka menggunakannya sebaik mungkin.
Katakan sesebuah mata wang terlalu kukuh sehingga menjejaskan eksport. Bank pusat boleh menjual mata wangnya sendiri dan membeli mata wang asing, meningkatkan bekalan dan melemahkannya.
Atau sebaliknya, jika mereka mahu mengukuhkan mata wang itu, mereka akan membeli mata wang sendiri menggunakan rizab asing.
Pelonggaran Kuantitatif Dan Gerakan Pasaran Terbuka
Apabila bank pusat membeli bon kerajaan (dipanggil pelonggaran kuantitatif), ia menyuntik kecairan ke dalam sistem. Ini biasanya melemahkan mata wang. Lebih banyak wang mengejar perkara yang sama = risiko inflasi.
Apabila mereka menjual bon, kesannya adalah sebaliknya.
Bank pusat menggunakan ‘forward guidance’, iaitu kenyataan yang dirangka dengan teliti untuk menunjukkan rancangan mereka. Ini boleh mengubah sentimen dan menggerakkan pasangan mata wang jauh sebelum perubahan dasar sebenar.
Pedagang bukan hanya memerhati apa yang dilakukan bank pusat. Mereka memerhati apa yang dikatakan, bagaimana ia dikatakan, dan apa yang tidak dikatakan.
Secara teknikal, tidak. Bank pusat boleh mencetak wang, jadi mereka tidak boleh muflis dalam erti kata tradisional. Namun begitu, mereka boleh kehilangan kredibiliti sekiranya dasar monetari disalah urus.
Berapa kerap bank pusat bermesyuarat?
Kebanyakan bank pusat mengadakan mesyuarat berjadual di antara 6 hingga 12 kali setahun untuk menetapkan dasar monetari.
Apa maksud ‘hawkish’ dan ‘dovish’ dalam konteks bank pusat?
‘Hawkish’ merujuk kepada kecenderungan untuk mengetatkan dasar monetari (contohnya, menaikkan kadar faedah), manakala ‘dovish’ menunjukkan sokongan terhadap dasar yang lebih longgar (contohnya, pemotongan kadar faedah).
Adakah bank pusat sebahagian daripada kerajaan?
Bank pusat kebiasaannya merupakan entiti bebas, walaupun ia ditubuhkan dan dikawal selia melalui undang-undang negara.
Apakah perbezaan di antara bank pusat dan bank komersial?
Terdapat beberapa perbezaan utama antara kedua-dua institusi ini. Walaupun begitu, terdapat satu perbezaan utama: bank pusat berkhidmat untuk negara sebagai pihak berkuasa tertinggi dalam dasar monetari. Bank komersial pula berkhidmat kepada individu dan perniagaan untuk perkhidmatan kewangan harian seperti pinjaman, deposit, gadai janji, pelaburan dan perbankan digital.
Ethereum nampaknya tidak menunggu kitaran bull yang seterusnya untuk mula bergerak. Walaupun Bitcoin terus mendominasi tajuk utama dan menarik perhatian dari segi pergerakan harga, transformasi sebenar sedang berlaku secara senyap di koridor Washington. Tiga rang undang-undang kripto penting kini sedang melalui proses di Kongres AS. Ia mungkin teknikal dan sukar difahami, tetapi secara kolektif, ia berpotensi mengubah peranan Ethereum dalam sistem kewangan global.
President Trump on Friday signed into law a bill that establishes the first federal framework for dollar-backed stablecoins, one of the biggest victories yet for a crypto industry. pic.twitter.com/2vJ0fIRTIJ
Akta GENIUS, Akta CLARITY dan Akta Anti-CBDC mungkin tidak menarik perhatian ramai, tetapi apabila digabungkan, ia boleh meletakkan Ethereum di tengah-tengah era kripto yang terkawal. Dan inilah perkara penting: Ethereum dijangka mendapat manfaat lebih besar berbanding mana-mana blockchain lain, termasuk Bitcoin.
Akta GENIUS: Bukan Sekadar Penjenamaan Menarik
Kita mulakan dengan Akta GENIUS, yang bertujuan membersihkan ekosistem stablecoin. Ia akan mewajibkan sokongan rizab penuh, audit menyeluruh dan perlindungan pengguna yang lebih baik. Meskipun kelihatan seperti birokrasi regulatori, bagi Ethereum, ini adalah satu dorongan positif.
Majoriti stablecoin seperti USDC, USDT dan PYUSD dibina atas kerangka ERC-20 Ethereum. Token-token ini bergantung kepada Ethereum untuk penerbitan, transaksi dan sokongan rangkaian. Dengan kejelasan undang-undang, institusi akhirnya boleh melibatkan diri tanpa kerisauan terperangkap dalam kekangan regulasi. Dan apabila itu berlaku, mereka hampir pasti akan menggunakan infrastruktur Ethereum.
Bitcoin, walaupun kukuh, tidak mempunyai keupayaan kontrak pintar untuk menyokong stablecoin secara besar-besaran.
Akta CLARITY: Ethereum Keluar Daripada Bayang-Bayang
Akta CLARITY mungkin yang paling signifikan antara ketiga-tiganya. Rang undang-undang ini akan secara rasmi mengklasifikasikan ETH sebagai komoditi, menjadikannya di bawah bidang kuasa Commodity Futures Trading Commission (CFTC), bukan Securities and Exchange Commission (SEC).
Perubahan ini penting. Status undang-undang Ethereum telah lama tidak menentu, terutama selepas peralihan kepada mekanisme proof-of-stake. SEC sering memberi isyarat bahawa ETH mungkin diklasifikasikan sebagai sekuriti, yang mencetuskan kerisauan dalam kalangan pelabur. Undang-undang baru ini akan menghapuskan ketidakpastian tersebut dan memberi lampu hijau kepada institusi untuk melabur tanpa kebimbangan tindakan penguatkuasaan.
Bitcoin, sebaliknya, tidak pernah menghadapi ketidakpastian ini. Ia sentiasa dianggap sebagai komoditi. Jadi walaupun akta ini mengukuhkan kedudukan Bitcoin, ia secara efektif membebaskan Ethereum daripada limbo regulatori.
Akta Anti-CBDC: Kemenangan Tidak Dijangka Untuk Ethereum
Rang undang-undang ketiga, Akta Anti-CBDC, pada awalnya mungkin kelihatan tidak berkaitan. Ia bertujuan menyekat Federal Reserve daripada melancarkan mata wang digital bank pusat (CBDC) seperti dolar digital. Tetapi ini secara tidak langsung merupakan berita baik untuk Ethereum.
Kenapa? Kerana ia mengekalkan laluan terbuka untuk stablecoin swasta kekal sebagai pilihan utama dalam transaksi USD digital. Dan memandangkan kebanyakan stablecoin berada di atas Ethereum, rangkaian ini berpotensi memperkukuh dominasinya.
Benar, rangkaian seperti Solana, Tron dan Binance Smart Chain turut menyokong stablecoin. Tetapi Ethereum masih menawarkan kecairan paling tinggi, infrastruktur paling matang dan ekosistem DeFi terbesar setakat ini.
Meskipun stablecoin menjangkau ke rangkaian lain, lapisan asas dan kolam kecairan paling penting selalunya kekal di Ethereum. Institusi juga lebih mempercayai tahap desentralisasi, jangka hayat dan keselamatan Ethereum. Ciri-ciri ini menjadi semakin penting dalam persekitaran yang dikawal selia.
Kelebihan Asas Ethereum
Pasaran sudah mula memberi perhatian. ETH telah mengatasi prestasi BTC dalam beberapa sesi kebelakangan ini, dan trend ini mungkin berterusan jika momentum regulasi bertambah kukuh. Namun begitu, undang-undang sahaja tidak menjamin kenaikan harga. Pedagang masih mahu melihat penerimaan sebenar seperti lonjakan volum stablecoin, produk institusi baharu atau inovasi DeFi terkini.
Dan tentunya, rang undang-undang ini belum lagi menjadi undang-undang. Kelewatan politik, pindaan atau tentangan boleh mengganggu garis masa.
Namun begitu, asasnya sedang dibina. Sekiranya undang-undang ini diluluskan, Ethereum bukan lagi sekadar platform kontrak pintar terdesentralisasi. Ia akan menjadi tulang belakang regulatori kewangan digital berpangkalan di AS. Ia akan memproses dolar bertoken, menyokong produk patuh undang-undang dan menyediakan infrastruktur DeFi bertaraf institusi.
Ini mencerminkan peralihan besar daripada naratif ETH vs BTC yang tradisional. Bitcoin mungkin kekal sebagai ‘emas digital’, tetapi Ethereum sedang berkembang menjadi lapisan infrastruktur untuk segalanya yang lain.
Dari segi strategi, ini menjadikan ETH satu pilihan menarik untuk pengumpulan jangka sederhana. Pedagang yang fokus pada korelasi makro harus memantau aliran masuk stablecoin, komen dari CFTC dan jumlah nilai terkunci dalam DeFi. Jika pintu regulasi dibuka sepenuhnya, modal akan mengalir masuk dan Ethereum akan sedia menyambutnya.
Pergerakan Pasaran Minggu Ini
Indeks Dolar AS (USDX) bergerak naik dari zon retracement 98.50. Rintangan pada 98.75 masih aktif, dengan sasaran sekitar 99.85 dan 100.15 jika momentum berterusan. Kekuatan dolar kini disokong oleh struktur, disebabkan oleh PMI zon euro yang lemah dan ekonomi AS yang kekal kukuh. Namun, cetakan GDP atau Core PCE yang mengecewakan minggu depan boleh menghentikan pendakian ini. Sehingga itu, bias kekal sedikit menaik.
EURUSD mencerminkan naratif ini, melemah ke arah zon 1.1480, kawasan utama untuk pembentukan corak bullish. Dengan PMI yang suram, kekuatan euro tampak rapuh. Jika USD mengukuh dengan data makro minggu depan, penurunan bersih boleh mendedahkan kawasan 1.14.
GBPUSD jatuh di bawah paras swing rendah 1.33645, kini menghampiri sokongan 1.3315. Jika pasangan ini mengukuh di sini, satu lagi kaki penurunan ke arah 1.3215 boleh berlaku. Pedagang harus memantau corak pembalikan bullish, tetapi dengan tiada data penting UK dan ucapan Bailey yang bakal berlangsung, sterling mungkin menjejaki arah dolar secara umum.
USDJPY menghampiri 149.20, satu paras rintangan penting. Jika tahap ini ditembusi, pembeli mungkin mensasarkan 149.95. Namun, kenyataan dasar Bank of Japan yang akan datang bakal menjadi penentu. Nada dovish boleh melonjakkan pasangan ini, manakala sebarang petunjuk pengetatan mungkin menyebabkan pembetulan tajam.
USDCHF membuat penarikan semula dari 0.8050, tetapi satu lagi cubaan ke arah 0.8115 kekal berpotensi. Pasangan ini tampak menunggu pemecahan dolar yang lebih meluas. Jika USDX melepasi 99.85, CHF boleh terus melemah.
AUDUSD dan NZDUSD kedua-duanya menurun dari zon pemantauan masing-masing iaitu 0.6520 dan 0.5985. Bagi AUD, 0.6485 ialah tahap utama seterusnya untuk diuji. Jika konsolidasi berlaku di situ, penurunan lebih dalam mungkin berlaku. Begitu juga, NZDUSD sedang menghampiri 0.5930. Tahap ini penting. Kedua-dua mata wang kekal terdedah kepada kekuatan dolar dan harga komoditi yang lemah. Sentimen risk-off atau data ekonomi China yang mengecewakan boleh menyeretnya lebih rendah.
USDCAD naik dari 1.3715. Jika kenaikan ini berterusan, 1.3810 dan 1.3840 adalah tahap rintangan seterusnya untuk dicermati bagi peluang bearish. Dengan CAD sangat bergantung pada turun naik harga minyak, pergerakan harga minyak perlu dipantau. Lonjakan kukuh minyak boleh mengekang pasangan ini, tetapi kelemahan tenaga boleh melonjakkannya lebih tinggi.
USOil membuat penarikan semula, dengan 63.35 dan 61.00 menjadi zon permintaan utama seterusnya. Jika harga stabil di situ, pembeli mungkin kembali. Tetapi sentimen semasa kelihatan berhati-hati. Tanpa pencetus geopolitik atau penyusutan inventori, harga minyak mungkin hanya bergerak mendatar dalam julat.
Emas menguji paras 3340 dan masih menunjukkan momentum menaik. Jika ia menembusi ke 3380 dan 3410, penjual mungkin kembali. Pantau tanda-tanda keletihan momentum di tahap ini kerana pergerakan emas masih berkait rapat dengan kadar faedah sebenar dan dolar.
S&P 500 mencatat paras tertinggi baharu, menghampiri 6400. Jika momentum bullish berterusan, 6630 ialah sasaran seterusnya. Namun, dengan musim laporan kewangan bermula dan mesyuarat Fed bakal berlangsung, pedagang mungkin mula berhati-hati di atas 6400 kecuali ada volum penembusan yang kukuh.
Bitcoin gagal bertahan di atas paras 120,350 dan ditutup lemah. Penarikan ini meletakkan 113,345 dan 111,000 sebagai kawasan tumpuan untuk pembentukan bullish. Jika tahap ini kukuh, pembeli jangka pendek mungkin masuk semula. Namun, penolakan ETH baru-baru ini pada 6,773 dan tanda-tanda prestasi yang lebih baik mula mengalihkan perhatian ke altcoin utama lain.
Gas asli terus menarik minat pedagang. Jika ia mengukuh sekitar 3.26, pembeli mungkin mensasarkan paras tinggi 3.615. Musim dan ketidaktentuan cuaca kekal sebagai pemangkin utama, jadi pedagang perlu kekal fleksibel. Penembusan bersih di atas 3.615 akan mengubah struktur sepenuhnya, tetapi hanya jika disokong oleh volum.
Acara Penting Minggu Ini
Pada hari Selasa, 22 Julai, semua mata tertumpu kepada Gabenor Bank of England, Andrew Bailey. Dengan GBPUSD tertekan berhampiran 1.3315, sebarang nada dovish boleh meningkatkan risiko penurunan. Tiada perubahan kadar dijangka, tetapi retorik akan dianalisis secara teliti.
Khamis, 24 Julai pula sarat dengan data. Gabenor RBA, Michele Bullock, akan berucap sementara AUDUSD berada dekat 0.6520. Tanpa keputusan kadar rasmi, setiap perkataan akan diteliti. Nada berhati-hati boleh membawa AUD ke 0.6485, manakala kenyataan hawkish mungkin memberi lonjakan sementara.
Tidak lama selepas itu, flash PMI Jerman akan diumumkan. Ramalan adalah 49.4, sedikit di atas 49.0 bulan lalu, manakala sektor perkhidmatan dijangka pada 50.0. Jika data mengecewakan, euro mungkin ditekan ke arah 1.1480.
Data PMI UK pula menyusul. Kilang dijangka pada 48.1, naik dari 47.7, dan perkhidmatan pada 52.9, sedikit meningkat dari 52.8. Sterling dalam kedudukan genting. Kegagalan, terutamanya dalam sektor perkhidmatan, boleh menekan GBPUSD ke 1.3315 dan mencuba 1.3215. Pedagang harus memantau corak bullish jika konsolidasi berlaku.
Keputusan kadar faedah utama ECB akan diumumkan kemudian. Tiada kejutan dijangka—kadar dijangka kekal pada 2.15%. Tetapi sidang media selepas itu mungkin memberi petunjuk lebih besar. Pasaran menjangka satu lagi pemotongan kadar pada bulan September untuk mengakhiri kitaran pelonggaran. Sebarang kenyataan yang menyokong atau mencabar jangkaan ini boleh menggerakkan pasangan EUR.
Akhir sekali, PMI kilang dan perkhidmatan AS akan menutup sesi. Pengeluaran dijangka turun sedikit ke 52.7 daripada 52.9, manakala sektor perkhidmatan dijangka meningkat ke 53.0. Data ini mungkin tidak mengubah dasar Fed secara langsung, tetapi dengan mesyuarat FOMC dan Core PCE minggu depan, ia boleh mempengaruhi sentimen. Jika data mengatasi jangkaan, dolar boleh terus mengukuh, terutamanya jika USDX melepasi paras 99.85.
Minggu depan dijangka menawarkan peristiwa penting makroekonomi: GDP Awal AS (30 Julai), kadar faedah Kanada, sidang media FOMC, Indeks Harga Core PCE, kenyataan dasar monetari Jepun, dan data NFP AS (1 Ogos). Buat masa ini, semua perhatian tertumpu pada hari Khamis—hari penuh data, perubahan nada dan peluang dagangan jangka pendek.
Please note that the dividends of the following products will be adjusted accordingly. Index dividends will be executed separately through a balance statement directly to your trading account, and the comment will be in the following format “Div & Product Name & Net Volume”.
Please refer to the table below for more details:
The above data is for reference only, please refer to the MT4/MT5 software for specific data.
If you’d like more information, please don’t hesitate to contact [email protected].
Please note that the dividends of the following products will be adjusted accordingly. Index dividends will be executed separately through a balance statement directly to your trading account, and the comment will be in the following format “Div & Product Name & Net Volume”.
Please refer to the table below for more details:
The above data is for reference only, please refer to the MT4/MT5 software for specific data.
If you’d like more information, please don’t hesitate to contact [email protected].
Bitcoin kekal stabil dalam julat harga antara $116,000 hingga $120,000, mengekalkan perhatian para pedagang ketika ia sedang melakukan konsolidasi dan bersedia untuk potensi lonjakan harga.
Dalam perdagangan semalaman, BTC mencecah paras tertinggi $120,062 sebelum susut semula ke paras semasa sekitar $118,300. Ini menunjukkan bahawa pasaran sedang berhenti sebentar untuk menyerap keuntungan terkini sambil membentuk asas untuk pergerakan arah seterusnya.
Namun, bukan sahaja pergerakan harga yang mencetuskan keyakinan. Menurut penganalisis CryptoQuant, Amr Taha, hampir $2 bilion stablecoin baharu telah mengalir masuk ke bursa derivatif awal hari ini, terutamanya dalam bentuk Tether (USDT). Gelombang kecairan secara mendadak ini dianggap sebagai tanda bahawa pelabur institusi sedang bersiap sedia untuk membuka posisi belian berleveraj dalam Bitcoin dan altcoin utama.
Leverage Meningkat Bersama Kecairan Baru
Mengikut sejarah, aliran masuk stablecoin yang besar ke platform derivatif sering mendahului trend menaik. Deposit ini selalunya berlaku serentak dengan peningkatan dalam minat terbuka (open interest), sesuatu yang sudah mula kelihatan.
Apabila harga menjadi semakin kukuh, minat terbuka turut meningkat, mencerminkan keyakinan yang semakin tinggi dalam kalangan pedagang serta penyertaan pasaran yang bertambah.
Namun, peningkatan ini juga membawa risiko. Minat terbuka yang tinggi menunjukkan pendedahan leveraj yang lebih besar, yang boleh menggandakan potensi keuntungan mahupun kerugian. Momentum boleh meningkat dengan pantas, tetapi sebarang perubahan sentimen yang mendadak boleh mencetuskan penutupan posisi secara besar-besaran.
Analisis Teknikal
Bitcoin kini memasuki fasa penurunan ringan selepas gagal mengekalkan kedudukannya di atas paras $120,000, dengan puncak tempatan pada $120,062 sebelum menurun semula ke sekitar $118,000.
BTC ditolak pada paras $120K dan kehilangan momentum dengan cepat, seperti yang dipaparkan dalam aplikasi VT Markets.
Indikator MACD mengesahkan kelemahan momentum dengan berlakunya persilangan menurun yang ketara dan perbezaan histogram yang melebar, menandakan tekanan jualan masih berterusan dalam jangka pendek. Harga kini telah merosot di bawah ketiga-tiga moving average jangka pendek (5, 10, 30 hari), dan lantunan harga baru-baru ini kelihatan lebih memihak kepada pembetulan dari perubahan trend.
Sentimen makro juga tidak membantu. Minggu ini, Pengerusi Fed, Jerome Powell, mengulangi pendirian berhati-hati terhadap penurunan kadar faedah, manakala data on-chain daripada CryptoQuant menunjukkan aliran masuk ke bursa derivatif semakin perlahan, memberi petunjuk bahawa minat terhadap posisi panjang yang agresif semakin berkurang.
Dengan paras tertinggi yang lebih rendah kini terbentuk dan $118,000 sedang diuji semula, pihak bull perlu segera menawan semula paras $119,000 atau berisiko menyaksikan BTC menguji semula zon kecairan antara $117,000 hingga $116,500.
Rehat Yang Singkat Atau Puncak Jangka Pendek?
Walaupun beberapa indikator jangka pendek menunjukkan tanda-tanda keletihan, Bitcoin masih belum mengalami pembetulan besar. Keadaan ini menyerlahkan kekuatan asas pasaran buat masa ini. Setakat ini, konsolidasi kelihatan lebih berkemungkinan daripada kapitulasi.
Pada waktu artikel ini ditulis, BTC didagangkan pada $119,171, mencatatkan kenaikan 2.4% dalam tempoh 24 jam yang lalu. Dengan berbilion dolar dalam bentuk stablecoin masih menunggu di luar pasaran, dan pedagang derivatif tampak bersedia untuk kenaikan lanjut, tumpuan kini beralih kepada sama ada Bitcoin mampu membuat breakout bersih melepasi $120,000, atau perlu terlebih dahulu menggugurkan pemegang posisi lemah dari pasaran.