{"id":18607,"date":"2025-07-22T07:52:54","date_gmt":"2025-07-22T07:52:54","guid":{"rendered":"https:\/\/www.vtmarketsmy.com\/bm\/?p=18607"},"modified":"2025-07-22T07:52:56","modified_gmt":"2025-07-22T07:52:56","slug":"bank-pusat-semua-yang-anda-perlu-tahu","status":"publish","type":"post","link":"https:\/\/www.vtmarketsmy.com\/bm\/blog\/bank-pusat-semua-yang-anda-perlu-tahu\/","title":{"rendered":"Bank Pusat: Semua Yang Anda Perlu Tahu"},"content":{"rendered":"\n<p>Pada 9 Julai 2025, Bank Negara Malaysia (BNM) membuat satu keputusan yang dijangka ramai, tetapi ianya tetap menarik perhatian.<\/p>\n\n\n\n<p>Buat pertama kali sejak Mei 2023, <a href=\"https:\/\/theedgemalaysia.com\/node\/761946\" target=\"_blank\" rel=\"noopener\" title=\"\">BNM menurunkan Overnight Policy Rate (OPR)<\/a> sebanyak 25 mata asas kepada 2.75%. Gabenor BNM, Datuk Seri Abdul Rasheed Ghaffour, berkata langkah itu adalah bersifat proaktif untuk memastikan kelancaran pertumbuhan Malaysia dalam keadaan global yang tidak menentu.<\/p>\n\n\n\n<p>Jika anda mengikuti berita kewangan, semakan kadar faedah dari seluruh dunia sering kali dipaparkan. Tetapi, kadar faedah hanyalah satu daripada banyak alat dalam senjata bank pusat.<\/p>\n\n\n\n<p>Jadi, apakah itu sebenarnya bank pusat? Kenapa ia penting? Dan bagaimana ia membentuk dunia kewangan yang dihadapi oleh pedagang setiap hari?<\/p>\n\n\n\n<p>Mari kita huraikan semuanya.<\/p>\n\n\n\n<h2 class=\"wp-block-heading has-large-font-size\">Apa Itu Bank Pusat?<\/h2>\n\n\n\n<p>Anda boleh menganggap bank pusat sebagai enjin kepada sistem kewangan sesebuah negara.<\/p>\n\n\n<div class=\"wp-block-image\">\n<figure class=\"aligncenter size-large\"><img loading=\"lazy\" decoding=\"async\" width=\"1024\" height=\"536\" src=\"https:\/\/www.vtmarketsmy.com\/bm\/wp-content\/uploads\/sites\/5\/2025\/07\/Central-bank-everything-you-need-to-know-1024x536.png\" alt=\"\" class=\"wp-image-18608\" srcset=\"https:\/\/www.vtmarketsmy.com\/bm\/wp-content\/uploads\/sites\/5\/2025\/07\/Central-bank-everything-you-need-to-know-1024x536.png 1024w, https:\/\/www.vtmarketsmy.com\/bm\/wp-content\/uploads\/sites\/5\/2025\/07\/Central-bank-everything-you-need-to-know-300x157.png 300w, https:\/\/www.vtmarketsmy.com\/bm\/wp-content\/uploads\/sites\/5\/2025\/07\/Central-bank-everything-you-need-to-know-768x402.png 768w, https:\/\/www.vtmarketsmy.com\/bm\/wp-content\/uploads\/sites\/5\/2025\/07\/Central-bank-everything-you-need-to-know-500x262.png 500w, https:\/\/www.vtmarketsmy.com\/bm\/wp-content\/uploads\/sites\/5\/2025\/07\/Central-bank-everything-you-need-to-know-400x209.png 400w, https:\/\/www.vtmarketsmy.com\/bm\/wp-content\/uploads\/sites\/5\/2025\/07\/Central-bank-everything-you-need-to-know-350x183.png 350w, https:\/\/www.vtmarketsmy.com\/bm\/wp-content\/uploads\/sites\/5\/2025\/07\/Central-bank-everything-you-need-to-know-200x105.png 200w, https:\/\/www.vtmarketsmy.com\/bm\/wp-content\/uploads\/sites\/5\/2025\/07\/Central-bank-everything-you-need-to-know.png 1200w\" sizes=\"auto, (max-width: 1024px) 100vw, 1024px\" \/><\/figure><\/div>\n\n\n<p>Ia berada di kedudukan tertinggi dalam rantaian monetari, memainkan peranan sebagai pengawal selia, penguat kuasa, penyelidik, dan sumber keselamatan utama. Ia adalah satu-satunya institusi yang boleh mengeluarkan wang, mengawal inflasi, dan menyelamatkan bank dari krisis.<\/p>\n\n\n\n<p>Dan jika mahu, bank pusat boleh menggoncang pasaran hanya dengan satu kenyataan.<\/p>\n\n\n\n<p>Apabila ia berfungsi dengan baik, kebanyakan orang hampir tidak menyedarinya.<\/p>\n\n\n\n<p>Tetapi apabila ia gagal, semua orang akan merasainya!<\/p>\n\n\n\n<h2 class=\"wp-block-heading\">Sejarah Ringkas Bank Pusat<\/h2>\n\n\n\n<p>Versi awal bank pusat muncul pada abad ke-17 di Eropah. <a href=\"https:\/\/www.riksbank.se\/en-gb\/about-the-riksbank\/history\/#:~:text=In%201668%2C%20the%20Riksdag%2C%20Sweden's,the%20world's%20oldest%20central%20bank.\" target=\"_blank\" rel=\"noopener\" title=\"\">Riksbank Sweden<\/a>, yang ditubuhkan pada tahun 1668 dan memegang gelaran bank pusat tertua di dunia.<\/p>\n\n\n\n<p>Tetapi Bank of England, yang ditubuhkan pada tahun 1694, mentakrifkan semula apa itu bank pusat: mengurus hutang, menstabilkan ekonomi, dan mengawal kadar faedah serta bekalan wang.<\/p>\n\n\n\n<p>Beberapa abad yang kemudian, fokus bank pusat kepada pembiayaan perang menjadi semakin kecil dan lebih menjerumus kepada meredakan kitaran kemelesetan dan pertumbuhan. Abad ke-20, terutamanya selepas Great Depression, bank pusat mula mengalami perubahan sedikit demi sedikit dan menghampiri versi bank pusat yang kita lihat hari ini.<\/p>\n\n\n\n<p>Institusi seperti Federal Reserve AS (ditubuhkan pada tahun 1913) mula campur tangan dengan lebih aktif, melaraskan kadar faedah, mencetak wang, dan menetapkan dasar monetari untuk mengelakkan keruntuhan ekonomi.<\/p>\n\n\n\n<p>Hari ini, hampir setiap negara utama mempunyai bank pusatnya sendiri, dan pengaruh mereka melangkaui sempadan negara.<\/p>\n\n\n\n<h2 class=\"wp-block-heading has-large-font-size\">Tanggungjawab Bank Pusat<\/h2>\n\n\n\n<p>Bank pusat adalah lebih dari sekadar menentukan kadar faedah. Tanggungjawab mereka merangkumi hampir setiap bahagian dalam sistem kewangan seperti yang ditunjukkan dalam senarai ini:<\/p>\n\n\n\n<h3 class=\"wp-block-heading\">Mengemudi Ekonomi Dengan Dasar Monetari<\/h3>\n\n\n\n<p>Ini adalah tugas bank pusat yang paling diketahui umum. Dengan <a href=\"https:\/\/www.investopedia.com\/terms\/c\/centralbank.asp#:~:text=they%20manage%20monetary%20policy%20to%20guide%20the%20country%27s%20economy%20and%20achieve%20economic%20goals%2C%20such%20as%20full%20employment.\" target=\"_blank\" rel=\"noopener\" title=\"\">melaraskan kadar dasar<\/a> (seperti OPR Malaysia atau kadar dana Fed AS), mereka mempengaruhi kos pinjaman.<\/p>\n\n\n\n<p>Kadar rendah merangsang perbelanjaan dan pelaburan. Kadar tinggi menyejukkan ekonomi untuk melawan inflasi. Ia adalah keseimbangan antara pertumbuhan dan kestabilan.<\/p>\n\n\n\n<h3 class=\"wp-block-heading\">Bertindak Sebagai Pengadil Sistem<\/h3>\n\n\n\n<p>Bank komersial tidak mengawal diri mereka sendiri, tetapi ia adalah tanggungjawab bank pusat. Mereka menyelia sektor kewangan, memastikan bank-bank komersial tidak mengambil risiko melampau yang boleh mencetuskan krisis.<\/p>\n\n\n\n<p>Keperluan modal, peraturan kecairan, ujian tekanan: semuanya berada dalam kawalan bank pusat.<\/p>\n\n\n\n<h3 class=\"wp-block-heading\">Mencetak Dan Mengawal Wang<\/h3>\n\n\n\n<p>Bank pusat mengeluarkan mata wang sah sesebuah negara dan menentukan berapa banyak wang yang sepatutnya wujud dalam ekonomi.<\/p>\n\n\n\n<p>Terlalu banyak, anda berisiko menghadapi inflasi. Terlalu sedikit, ekonomi boleh bergerak perlahan. Mereka juga memerangi pemalsuan dan memastikan mata wang kekal dipercayai.<\/p>\n\n\n\n<h3 class=\"wp-block-heading\">Mengurus Rizab Mata Wang Negara<\/h3>\n\n\n\n<p>Bank pusat memegang rizab dalam mata wang asing. Bayangkan USD, EUR, CAD, yang digunakan untuk menstabilkan mata wang domestik apabila berlaku volatiliti. Rizab ini juga penting untuk perdagangan antarabangsa, pembayaran hutang, dan diplomasi ekonomi.<\/p>\n\n\n\n<h3 class=\"wp-block-heading\">Menjadi Pemberi Pinjaman Terakhir<\/h3>\n\n\n\n<p>Apabila bank komersial menghadapi masalah kecairan (seperti yang berlaku dalam krisis 2008), bank pusat akan campur tangan. Mereka menyediakan pembiayaan kecemasan, biasanya dengan cagaran, untuk memastikan kredit terus mengalir dan mengelakkan keruntuhan sistemik.<\/p>\n\n\n\n<p>Ia adalah jaringan keselamatan kewangan yang utama.<\/p>\n\n\n\n<h3 class=\"wp-block-heading\">Menyediakan Kajian Dan Panduan<\/h3>\n\n\n\n<p>Bank pusat memiliki pasukan ahli ekonomi yang memantau trend inflasi, data gaji, peralihan pekerjaan, dan risiko geopolitik. Maklumat ini membentuk keputusan dasar mereka.<\/p>\n\n\n\n<p>Pasaran memerhati laporan bank pusat dengan teliti, dan pedagang menafsirkan setiap perkataan ke dalam penilaian harga.<\/p>\n\n\n\n<h2 class=\"wp-block-heading has-large-font-size\">Hubungan (Atau Ketiadaan Hubungan) Antara Bank Pusat Dan Politik<\/h2>\n\n\n\n<p>Bank pusat selalunya beroperasi secara bebas atas satu sebab \u2013 untuk melindungi dasar monetari daripada agenda politik jangka pendek. Tetapi itu tidak bermakna mereka kebal daripada tekanan.<\/p>\n\n\n\n<p>Dua contoh terkini menunjukkan bagaimana campur tangan politik boleh menggugat keyakinan pasaran. Dan kadang-kadang, campur tangan ini boleh memusnahkan seluruh ekonomi.<\/p>\n\n\n\n<h3 class=\"wp-block-heading\">1. Trump Menentang Fed<\/h3>\n\n\n\n<p>Ia adalah drama perebutan kuasa yang mendominasi tajuk utama sejak Trump mengambil alih Oval Office pada 2017.<\/p>\n\n\n\n<p><a href=\"https:\/\/www.vtmarketsmy.com\/bm\/blog\/trump-menentang-powell-garis-masa-dari-2017-sehingga-2025\/\" target=\"_blank\" rel=\"noopener\" title=\"\">Trump kerap mengkritik Federal Reserve<\/a> dan pengerusinya, Jerome Powell, kerana tidak menurunkan kadar faedah dengan kadar segera. Bahkan, Trump mencadangkan untuk memecat Powell, yang mencetuskan kebimbangan mengenai autonomi Fed.<\/p>\n\n\n\n<p>Apabila ahli politik memberi tekanan kepada bank pusat seperti ini, pelabur mula tertanya-tanya:<\/p>\n\n\n\n<p>Adakah kita masih bermain mengikut peraturan? Atau peraturan sudah berubah?<\/p>\n\n\n\n<p>Ketidaktentuan itu sahaja boleh menjejaskan kestabilan pasaran.<\/p>\n\n\n\n<h3 class=\"wp-block-heading\">2. Eksperimen Monetari Erdogan<\/h3>\n\n\n\n<p>Di Turki, keadaannya lebih ekstrem.<\/p>\n\n\n\n<p>Presiden Recep Tayyip Erdo\u011fan percaya bahawa kadar faedah yang tinggi menyebabkan inflasi. Ini adalah satu pandangan yang bertentangan dengan teori ekonomi asas.<\/p>\n\n\n\n<p>Beliau memberi tekanan kepada Bank Pusat Republik Turki untuk berulang kali menurunkan kadar, walaupun ketika inflasi melonjak.<\/p>\n\n\n\n<figure class=\"wp-block-embed is-type-rich is-provider-twitter wp-block-embed-twitter\"><div class=\"wp-block-embed__wrapper\">\n<blockquote class=\"twitter-tweet\" data-width=\"500\" data-dnt=\"true\"><p lang=\"en\" dir=\"ltr\">A deputy governor at Turkey\u2019s central bank delivers a rare public rebuke of years of unorthodox monetary policy under President Erdogan <a href=\"https:\/\/t.co\/aDVOTUfVn9\">https:\/\/t.co\/aDVOTUfVn9<\/a><\/p>&mdash; Bloomberg Middle East (@middleeast) <a href=\"https:\/\/twitter.com\/middleeast\/status\/1755587208684114154?ref_src=twsrc%5Etfw\">February 8, 2024<\/a><\/blockquote><script async src=\"https:\/\/platform.twitter.com\/widgets.js\" charset=\"utf-8\"><\/script>\n<\/div><\/figure>\n\n\n\n<p>Beliau memecat gabenor bank pusat yang tidak mengikut arahannya.<\/p>\n\n\n\n<p>Hasilnya? Krisis mata wang mula merekah.<\/p>\n\n\n\n<p>Lira Turki menjunam, inflasi meningkat dengan mendadak, dan pelabur melarikan diri. Ia adalah kajian kes mengapa kebebasan bank pusat bukan sekadar teori akademik.<\/p>\n\n\n\n<p>Ia adalah asas kepada keyakinan pasaran.<\/p>\n\n\n\n<h3 class=\"wp-block-heading has-large-font-size\">Kenapa Kebebasan Politik Penting Untuk Bank Pusat<\/h3>\n\n\n\n<p>Kebebasan bank pusat bukan saja terhad kepada isu teknikal perundangan. Ia adalah pelindung di antara ekonomi yang stabil dan kekacauan politik.<\/p>\n\n\n\n<h4 class=\"wp-block-heading\">Mengelakkan Manipulasi Politik<\/h4>\n\n\n\n<p>Bayangkan jika ahli politik mempunyai kawalan penuh ke atas dasar monetari. Apa yang mereka akan buat sebelum pilihan raya?<\/p>\n\n\n\n<p>Naikkan perbelanjaan, turunkan kadar, dan banjiri ekonomi dengan wang untuk merangsang pertumbuhan jangka pendek. Langkah yang strategik untuk tajuk utama, tetapi buruk untuk inflasi.<\/p>\n\n\n\n<p>Sebab itulah bank pusat perlu kekal bebas daripada agenda politik. Untuk menghalang dasar monetari daripada menjadi alat kempen. Kebebasan membolehkan mereka berkata \u2018tidak\u2019 apabila semua orang berkata \u2018ya\u2019.<\/p>\n\n\n\n<h4 class=\"wp-block-heading\">Kredibiliti Dalam Mengawal Inflasi<\/h4>\n\n\n\n<p>Bank pusat yang tidak tunduk kepada kuasa politik boleh kekal fokus kepada kestabilan jangka panjang. Amalan ini membina kredibiliti, dan kredibiliti adalah segalanya.<\/p>\n\n\n\n<p>Jika pasaran percaya bank pusat akan melakukan apa sahaja untuk mengawal inflasi, jangkaan akan disesuaikan. Inflasi kekal terkawal. Mata wang kekal kukuh. Kenaikan kadar menjadi lebih berkesan.<\/p>\n\n\n\n<p>Ia adalah kitaran balas yang hanya berfungsi jika keputusan institusi tersebut dipercayai.<\/p>\n\n\n\n<h3 class=\"wp-block-heading\">Autonomi Operasi<\/h3>\n\n\n\n<p>Ada juga <a href=\"https:\/\/www.elibrary.imf.org\/display\/book\/9781557751850\/ch026.xml#:~:text=The%20Case%20for%20Monetary%20Policy%20Independence\" target=\"_blank\" rel=\"noopener\" title=\"\">sudut operasi.<\/a><\/p>\n\n\n\n<p>Bank pusat yang bebas tidak perlu menunggu parlimen atau kongres meluluskan kenaikan kadar atau pembelian bon. Mereka boleh bertindak pantas. Mereka pilih alat mereka. Mereka bertindak berdasarkan data, bukan politik.<\/p>\n\n\n\n<p>Jenis kelincahan ini telah menyelamatkan ekonomi lebih dari sekali.<\/p>\n\n\n\n<h3 class=\"wp-block-heading\">Perlindungan Undang-Undang Dan Institusi<\/h3>\n\n\n\n<p>Kebanyakan bank pusat dilindungi oleh undang-undang yang memberi pemimpin mereka tempoh perkhidmatan tetap dan menggariskan autonomi mereka. Ia bukan sekadar tradisi. Ia adalah undang-undang.<\/p>\n\n\n\n<p>Peraturan ini direka untuk menghalang campur tangan dan memastikan keputusan dasar dibuat berdasarkan asas makroekonomi, bukan faktor politik.<\/p>\n\n\n\n<p>Pendek kata? Apabila bank pusat kekal di laluan mereka, pasaran boleh fokus pada isyarat, bukan gangguan. Jika realiti adalah sebaliknya, kekacauan pasti menyusul.<\/p>\n\n\n\n<h2 class=\"wp-block-heading has-large-font-size\">Bagaimana Bank Pusat Menggerakkan Pasaran Forex<\/h2>\n\n\n\n<p>Jika anda berdagang forex, anda sebenarnya berdagang jangkaan terhadap bank pusat.<\/p>\n\n\n\n<p>Keputusan mereka (dan petunjuk mengenainya) boleh menentukan naik turun sesebuah mata wang. Inilah cara-caranya:<\/p>\n\n\n\n<h3 class=\"wp-block-heading\">Kadar Faedah Mendorong Permintaan<\/h3>\n\n\n\n<p>Kadar faedah yang tinggi menarik modal. Pelabur mahukan pulangan, dan jika satu negara menawarkan pulangan lebih tinggi daripada yang lain, mata wangnya akan menguat.<\/p>\n\n\n\n<p>Itulah sebabnya mata wang seperti USD sering melonjak apabila dasar kadar kuat dilaksanakan. Jika kadar terlalu rendah, perkara sebaliknya boleh berlaku.<\/p>\n\n\n\n<h3 class=\"wp-block-heading\">Mengurus Rizab Mata Wang<\/h3>\n\n\n\n<p>Bank pusat memegang rizab dalam mata wang asing, dan mereka menggunakannya sebaik mungkin.<\/p>\n\n\n\n<p>Katakan sesebuah mata wang terlalu kukuh sehingga menjejaskan eksport. Bank pusat boleh menjual mata wangnya sendiri dan membeli mata wang asing, meningkatkan bekalan dan melemahkannya.<\/p>\n\n\n\n<p>Atau sebaliknya, jika mereka mahu mengukuhkan mata wang itu, mereka akan membeli mata wang sendiri menggunakan rizab asing.<\/p>\n\n\n\n<h3 class=\"wp-block-heading\">Pelonggaran Kuantitatif Dan Gerakan Pasaran Terbuka<\/h3>\n\n\n\n<p>Apabila bank pusat membeli bon kerajaan (dipanggil <a href=\"https:\/\/www.bankofcanada.ca\/2025\/02\/understanding-quantitative-easing\/\" target=\"_blank\" rel=\"noopener\" title=\"\">pelonggaran kuantitatif<\/a>), ia menyuntik kecairan ke dalam sistem. Ini biasanya melemahkan mata wang. Lebih banyak wang mengejar perkara yang sama = risiko inflasi.<\/p>\n\n\n\n<p>Apabila mereka menjual bon, kesannya adalah sebaliknya.<\/p>\n\n\n\n<h3 class=\"wp-block-heading\">Mengawal Naratif<\/h3>\n\n\n\n<p>Kadang-kadang, <a href=\"https:\/\/www.moneymanagement.com.au\/news\/funds-management\/central-bank-jawboning-effective-only-credibility\" target=\"_blank\" rel=\"noopener\" title=\"\">kata-kata menggerakkan pasaran lebih daripada tindakan.<\/a><\/p>\n\n\n\n<p>Bank pusat menggunakan &#8216;forward guidance&#8217;, iaitu kenyataan yang dirangka dengan teliti untuk menunjukkan rancangan mereka. Ini boleh mengubah sentimen dan menggerakkan pasangan mata wang jauh sebelum perubahan dasar sebenar.<\/p>\n\n\n\n<p>Pedagang bukan hanya memerhati apa yang dilakukan bank pusat. Mereka memerhati apa yang dikatakan, bagaimana ia dikatakan, dan apa yang tidak dikatakan.<\/p>\n\n\n\n<h2 class=\"wp-block-heading has-large-font-size\">Senarai Negara Dan Bank Pusat Yang Berkaitan<\/h2>\n\n\n\n<figure class=\"wp-block-table aligncenter\"><table class=\"has-fixed-layout\"><tbody><tr><td class=\"has-text-align-center\" data-align=\"center\"><strong>Negara<\/strong><\/td><td class=\"has-text-align-center\" data-align=\"center\"><strong>Bank Pusat<\/strong><\/td><\/tr><tr><td class=\"has-text-align-center\" data-align=\"center\">Amerika Syarikat<\/td><td class=\"has-text-align-center\" data-align=\"center\"><a href=\"https:\/\/www.federalreserve.gov\/\" target=\"_blank\" rel=\"noopener\" title=\"\"><mark style=\"background-color:#000000\" class=\"has-inline-color has-pale-cyan-blue-color\">Federal Reserve System<\/mark><\/a> (The Fed)<\/td><\/tr><tr><td class=\"has-text-align-center\" data-align=\"center\">United Kingdom<\/td><td class=\"has-text-align-center\" data-align=\"center\"><a href=\"https:\/\/www.bankofengland.co.uk\/\" target=\"_blank\" rel=\"noopener\" title=\"\"><mark style=\"background-color:#000000\" class=\"has-inline-color has-pale-cyan-blue-color\">Bank of England <\/mark><\/a>(BoE)<\/td><\/tr><tr><td class=\"has-text-align-center\" data-align=\"center\">Eurozone<\/td><td class=\"has-text-align-center\" data-align=\"center\"><a href=\"https:\/\/www.ecb.europa.eu\/home\/html\/index.en.html\" target=\"_blank\" rel=\"noopener\" title=\"\"><mark style=\"background-color:#000000\" class=\"has-inline-color has-pale-cyan-blue-color\">European Central Bank<\/mark><\/a> (ECB)<\/td><\/tr><tr><td class=\"has-text-align-center\" data-align=\"center\">Jepun<\/td><td class=\"has-text-align-center\" data-align=\"center\"><a href=\"https:\/\/www.boj.or.jp\/en\/\" target=\"_blank\" rel=\"noopener\" title=\"\"><mark style=\"background-color:#000000\" class=\"has-inline-color has-pale-cyan-blue-color\">Bank of Japan<\/mark> <\/a>(BoJ)<\/td><\/tr><tr><td class=\"has-text-align-center\" data-align=\"center\">China<\/td><td class=\"has-text-align-center\" data-align=\"center\"><a href=\"http:\/\/www.pbc.gov.cn\/en\/3688006\/index.html\" target=\"_blank\" rel=\"noopener\" title=\"\"><mark style=\"background-color:#000000\" class=\"has-inline-color has-pale-cyan-blue-color\">People\u2019s Bank of China<\/mark><\/a> (PBoC)<\/td><\/tr><tr><td class=\"has-text-align-center\" data-align=\"center\">Malaysia<\/td><td class=\"has-text-align-center\" data-align=\"center\"><a href=\"https:\/\/www.bnm.gov.my\/\" target=\"_blank\" rel=\"noopener\" title=\"\"><mark style=\"background-color:#000000\" class=\"has-inline-color has-pale-cyan-blue-color\">Bank Negara Malaysia<\/mark><\/a> (BNM)<\/td><\/tr><tr><td class=\"has-text-align-center\" data-align=\"center\">Australia<\/td><td class=\"has-text-align-center\" data-align=\"center\"><a href=\"https:\/\/www.rba.gov.au\/\" target=\"_blank\" rel=\"noopener\" title=\"\"><mark style=\"background-color:#000000\" class=\"has-inline-color has-pale-cyan-blue-color\">Reserve Bank of Australia<\/mark><\/a> (RBA)<\/td><\/tr><tr><td class=\"has-text-align-center\" data-align=\"center\">Kanada<\/td><td class=\"has-text-align-center\" data-align=\"center\"><a href=\"https:\/\/www.bankofcanada.ca\/\" target=\"_blank\" rel=\"noopener\" title=\"\"><mark style=\"background-color:#000000\" class=\"has-inline-color has-pale-cyan-blue-color\">Bank of Canada<\/mark><\/a> (BoC)<\/td><\/tr><tr><td class=\"has-text-align-center\" data-align=\"center\">Switzerland<\/td><td class=\"has-text-align-center\" data-align=\"center\"><a href=\"https:\/\/www.snb.ch\/en\/\" target=\"_blank\" rel=\"noopener\" title=\"\"><mark style=\"background-color:#000000\" class=\"has-inline-color has-pale-cyan-blue-color\">Swiss National Bank<\/mark> <\/a>(SNB)<\/td><\/tr><tr><td class=\"has-text-align-center\" data-align=\"center\">India<\/td><td class=\"has-text-align-center\" data-align=\"center\"><a href=\"https:\/\/website.rbi.org.in\/en\/web\/rbi\" target=\"_blank\" rel=\"noopener\" title=\"\"><mark style=\"background-color:#000000\" class=\"has-inline-color has-pale-cyan-blue-color\">Reserve Bank of India<\/mark><\/a> (RBI)<\/td><\/tr><tr><td class=\"has-text-align-center\" data-align=\"center\">Korea Selatan<\/td><td class=\"has-text-align-center\" data-align=\"center\"><a href=\"https:\/\/www.bok.or.kr\/eng\/main\/main.do\" target=\"_blank\" rel=\"noopener\" title=\"\"><mark style=\"background-color:#000000\" class=\"has-inline-color has-pale-cyan-blue-color\">Bank of Korea<\/mark><\/a> (BOK)<\/td><\/tr><tr><td class=\"has-text-align-center\" data-align=\"center\">Indonesia<\/td><td class=\"has-text-align-center\" data-align=\"center\"><a href=\"https:\/\/www.bi.go.id\/en\/default.aspx\" target=\"_blank\" rel=\"noopener\" title=\"\"><mark style=\"background-color:#000000\" class=\"has-inline-color has-pale-cyan-blue-color\">Bank Indonesia<\/mark><\/a><\/td><\/tr><tr><td class=\"has-text-align-center\" data-align=\"center\">Singapura<\/td><td class=\"has-text-align-center\" data-align=\"center\"><a href=\"https:\/\/www.mas.gov.sg\/\" target=\"_blank\" rel=\"noopener\" title=\"\"><mark style=\"background-color:#000000\" class=\"has-inline-color has-pale-cyan-blue-color\">Monetary Authority of Singapore<\/mark><\/a> (MAS)<\/td><\/tr><tr><td class=\"has-text-align-center\" data-align=\"center\">Turkey<\/td><td class=\"has-text-align-center\" data-align=\"center\"><a href=\"https:\/\/www.tcmb.gov.tr\/wps\/wcm\/connect\/en\/tcmb+en\" target=\"_blank\" rel=\"noopener\" title=\"\"><mark style=\"background-color:#000000\" class=\"has-inline-color has-pale-cyan-blue-color\">Central Bank of the Republic of Turkey<\/mark><\/a> (CBRT)<\/td><\/tr><tr><td class=\"has-text-align-center\" data-align=\"center\">Brazil<\/td><td class=\"has-text-align-center\" data-align=\"center\"><a href=\"https:\/\/www.bcb.gov.br\/en\" target=\"_blank\" rel=\"noopener\" title=\"\"><mark style=\"background-color:#000000\" class=\"has-inline-color has-pale-cyan-blue-color\">Central Bank of Brazil<\/mark><\/a><\/td><\/tr><tr><td class=\"has-text-align-center\" data-align=\"center\">Russia<\/td><td class=\"has-text-align-center\" data-align=\"center\"><a href=\"https:\/\/www.cbr.ru\/eng\/\" target=\"_blank\" rel=\"noopener\" title=\"\"><mark style=\"background-color:#000000\" class=\"has-inline-color has-pale-cyan-blue-color\">Central Bank of the Russian Federation<\/mark><\/a><\/td><\/tr><tr><td class=\"has-text-align-center\" data-align=\"center\">Afrika Selatan<\/td><td class=\"has-text-align-center\" data-align=\"center\"><a href=\"https:\/\/www.resbank.co.za\/en\/home\" target=\"_blank\" rel=\"noopener\" title=\"\"><mark style=\"background-color:#000000\" class=\"has-inline-color has-pale-cyan-blue-color\">South African Reserve Bank<\/mark><\/a><\/td><\/tr><\/tbody><\/table><\/figure>\n\n\n\n<h2 class=\"wp-block-heading has-large-font-size\">Soalan Lazim<\/h2>\n\n\n\n<h3 class=\"wp-block-heading\"><strong>Bolehkah bank pusat muflis?<\/strong><\/h3>\n\n\n\n<p>Secara teknikal, tidak. Bank pusat boleh mencetak wang, jadi mereka tidak boleh muflis dalam erti kata tradisional. Namun begitu, mereka boleh kehilangan kredibiliti sekiranya dasar monetari disalah urus.<\/p>\n\n\n\n<h3 class=\"wp-block-heading\"><strong>Berapa kerap bank pusat bermesyuarat?<\/strong><\/h3>\n\n\n\n<p>Kebanyakan bank pusat mengadakan mesyuarat berjadual di antara 6 hingga 12 kali setahun untuk menetapkan dasar monetari.<\/p>\n\n\n\n<h3 class=\"wp-block-heading\"><strong>Apa maksud \u2018hawkish\u2019 dan \u2018dovish\u2019 dalam konteks bank pusat?<\/strong><\/h3>\n\n\n\n<p>\u2018Hawkish\u2019 merujuk kepada kecenderungan untuk mengetatkan dasar monetari (contohnya, menaikkan kadar faedah), manakala \u2018dovish\u2019 menunjukkan sokongan terhadap dasar yang lebih longgar (contohnya, pemotongan kadar faedah).<\/p>\n\n\n\n<h3 class=\"wp-block-heading\"><strong>Adakah bank pusat sebahagian daripada kerajaan?<\/strong><\/h3>\n\n\n\n<p>Bank pusat kebiasaannya merupakan entiti bebas, walaupun ia ditubuhkan dan dikawal selia melalui undang-undang negara.<\/p>\n\n\n\n<h3 class=\"wp-block-heading\"><strong>Apakah perbezaan di antara bank pusat dan bank komersial?<\/strong><\/h3>\n\n\n\n<p>Terdapat beberapa perbezaan utama antara kedua-dua institusi ini. Walaupun begitu, terdapat satu perbezaan utama: bank pusat berkhidmat untuk negara sebagai pihak berkuasa tertinggi dalam dasar monetari. Bank komersial pula berkhidmat kepada individu dan perniagaan untuk perkhidmatan kewangan harian seperti pinjaman, deposit, gadai janji, pelaburan dan perbankan digital.<\/p>\n","protected":false},"excerpt":{"rendered":"<p>Ketahui semua yang anda perlu tahu mengenai bank pusat, dari tanggungjawab utama mereka, kebebasan politik, sehinggalah bagaimana keputusan mereka mempengaruhi pasaran.<\/p>\n","protected":false},"author":24,"featured_media":18608,"comment_status":"closed","ping_status":"open","sticky":false,"template":"","format":"standard","meta":{"_acf_changed":false,"footnotes":""},"categories":[89],"tags":[],"class_list":["post-18607","post","type-post","status-publish","format-standard","has-post-thumbnail","hentry","category-blog"],"acf":[],"aioseo_notices":[],"_links":{"self":[{"href":"https:\/\/www.vtmarketsmy.com\/bm\/wp-json\/wp\/v2\/posts\/18607","targetHints":{"allow":["GET"]}}],"collection":[{"href":"https:\/\/www.vtmarketsmy.com\/bm\/wp-json\/wp\/v2\/posts"}],"about":[{"href":"https:\/\/www.vtmarketsmy.com\/bm\/wp-json\/wp\/v2\/types\/post"}],"author":[{"embeddable":true,"href":"https:\/\/www.vtmarketsmy.com\/bm\/wp-json\/wp\/v2\/users\/24"}],"replies":[{"embeddable":true,"href":"https:\/\/www.vtmarketsmy.com\/bm\/wp-json\/wp\/v2\/comments?post=18607"}],"version-history":[{"count":0,"href":"https:\/\/www.vtmarketsmy.com\/bm\/wp-json\/wp\/v2\/posts\/18607\/revisions"}],"wp:featuredmedia":[{"embeddable":true,"href":"https:\/\/www.vtmarketsmy.com\/bm\/wp-json\/wp\/v2\/media\/18608"}],"wp:attachment":[{"href":"https:\/\/www.vtmarketsmy.com\/bm\/wp-json\/wp\/v2\/media?parent=18607"}],"wp:term":[{"taxonomy":"category","embeddable":true,"href":"https:\/\/www.vtmarketsmy.com\/bm\/wp-json\/wp\/v2\/categories?post=18607"},{"taxonomy":"post_tag","embeddable":true,"href":"https:\/\/www.vtmarketsmy.com\/bm\/wp-json\/wp\/v2\/tags?post=18607"}],"curies":[{"name":"wp","href":"https:\/\/api.w.org\/{rel}","templated":true}]}}