Dividend Adjustment Notice – Apr 24 ,2025

Dear Client,

Please note that the dividends of the following products will be adjusted accordingly. Index dividends will be executed separately through a balance statement directly to your trading account, and the comment will be in the following format “Div & Product Name & Net Volume”.

Please refer to the table below for more details:

Dividend Adjustment Notice

The above data is for reference only, please refer to the MT4/MT5 software for specific data.

If you’d like more information, please don’t hesitate to contact [email protected].

Trump Menentang Powell: Garis Masa Dari 2017 Sehingga 2025

Kempen Trump ke Rumah Putih disertai dengan slogan ‘Make America Great Again’. Namun, adakah Trump semakin tersasar dari matlamat slogan tersebut akibat serangannya yang berterusan terhadap Pengerusi Federal Reserve, Jerome Powell, dan kebebasan institusi Fed?

Dalam kebanyakan ancaman Trump terhadap Powell, 23 April 2025 akan menjadi tarikh yang paling diingati dalam buku sejarah. Tarikh itu menandakan perubahan mendadak dalam kempen agresif Trump terhadap Powell.

“Saya tidak berniat untuk memecat beliau,” kata Trump kepada wartawan di Oval Office pada hari Selasa. “Saya ingin melihat lebih banyak idea daripadanya untuk menurunkan kadar faedah,” tambahnya.

Niaga hadapan saham AS, yang didagangkan di luar waktu pasaran, melonjak selepas komen Trump, dengan kontrak yang dikaitkan dengan indeks penanda aras S&P 500 dan Nasdaq-100 yang memiliki fokus kepada teknologi masing-masing naik lebih 1.70 peratus dan 1.90 peratus.

Dolar AS meningkat lebih 1 peratus berbanding mata wang utama lain.

Perbalahan Yang Berlaku Sekian Lama

Untuk memahami impak perubahan nada Trump baru-baru ini, kita perlu mengimbas sejarah. Ketegangan antara Trump dan Jerome Powell bukanlah sesuatu yang baru terjadi pada 2025.

Ia merupakan sebahagian daripada pertikaian yang telah berlarutan sejak 2017, ketika Trump mencalonkan Powell sebagai Pengerusi Fed.

Apa yang bermula sebagai pelantikan rutin akhirnya berkembang menjadi salah satu pertempuran paling terbuka dan berterusan mengenai kebebasan bank pusat dalam sejarah moden Amerika.

Berikut adalah bagaimana kisah ini berkembang dari masa ke masa:

Garis Masa: Kritikan Trump Terhadap Jerome Powell Mengenai Kadar Faedah

2017

2 November 2017: Presiden Trump mencalonkan Jerome Powell sebagai Pengerusi Federal Reserve, menggantikan Janet Yellen.

2018

19 Julai 2018: Trump secara terbuka mengkritik Fed kerana menaikkan kadar faedah, menyatakan beliau ‘tidak gembira’ dengan keputusan Powell, sekaligus memecahkan tradisi lama di mana Presiden tidak campur tangan dalam dasar Fed.

10 Oktober 2018: Trump meningkatkan kritikannya, menyatakan bahawa Fed telah menjadi ‘gila’ dengan menaikkan kadar faedah.

2019

23 Ogos 2019: Dalam satu ciapan di Twitter, Trump membandingkan Powell dengan Presiden China Xi Jinping, bertanya, “Siapa musuh kita yang lebih besar, Jay Powell atau Pengerusi Xi?”

2020

Mac 2020: Di tengah-tengah pandemik COVID-19, Fed menurunkan kadar faedah hampir ke sifar. Trump memuji tindakan itu tetapi menegaskan ia sepatutnya dilakukan lebih awal.

2021 – 2022

Sepanjang 2021–2022: Walaupun tidak lagi memegang jawatan Presiden, Trump terus mengkritik Powell, terutamanya apabila inflasi meningkat dan mendakwa Powell telah gagal mengawal inflasi.

2023–2024

Pertengahan 2024: Semasa berkempen untuk pilihan raya 2024, Trump mengancam akan memecat atau menurunkan pangkat Powell jika beliau dipilih semula, mencetuskan perdebatan mengenai kebebasan Fed.

2025

23 April 2025: Presiden Trump menarik balik ancamannya untuk memecat Powell, menyatakan beliau tidak berniat untuk menggugurkan Powell tetapi menggesa Fed agar menurunkan kadar faedah. Perubahan ini meredakan kebimbangan pelabur terhadap kebebasan Fed.

Trump Menentang Powell: Konflik Yang Perlu Diberi Perhatian

Ketika pasaran terus memberi reaksi terhadap setiap pertembungan di antara Trump dan Powell, para pedagang wajar memerhatikan perkembangan ini dengan teliti.

Walaupun nada Trump yang lebih lembut baru-baru ini mungkin memberi kelegaan sementara, sejarah menunjukkan pendiriannya boleh berubah dengan cepat dan drastik.

Dengan kadar faedah, inflasi, dan kestabilan pasaran menjadi taruhan, kenyataan dari mana-mana tokoh ini boleh mencetuskan volatiliti pasaran yang ketara. Mengikuti perkembangan dinamik kuasa ini bukan sekadar soal politik.

Ia adalah langkah strategik bagi sesiapa yang terlibat dalam pasaran masa kini.

Buka akaun live dengan VT Markets untuk mula berdagang.

Dividend Adjustment Notice – Apr 23 ,2025

Dear Client,

Please note that the dividends of the following products will be adjusted accordingly. Index dividends will be executed separately through a balance statement directly to your trading account, and the comment will be in the following format “Div & Product Name & Net Volume”.

Please refer to the table below for more details:

Dividend Adjustment Notice

The above data is for reference only, please refer to the MT4/MT5 software for specific data.

If you’d like more information, please don’t hesitate to contact [email protected].

Dividend Adjustment Notice – Apr 22 ,2025

Dear Client,

Please note that the dividends of the following products will be adjusted accordingly. Index dividends will be executed separately through a balance statement directly to your trading account, and the comment will be in the following format “Div & Product Name & Net Volume”.

Please refer to the table below for more details:

Dividend Adjustment Notice

The above data is for reference only, please refer to the MT4/MT5 software for specific data.

If you’d like more information, please don’t hesitate to contact [email protected].

Tinjauan Mingguan: Risiko Kemelesetan Meningkat Di Sebalik Kegawatan Pasaran

Wall Street jarang menunjukkan tekanan tanpa sebab, dan buat masa ini, tekanan semakin memuncak. Walaupun retorik politik kelihatan optimis, retakan sedang terbentuk dalam ekonomi AS. Volatiliti semakin meningkat, keuntungan korporat merosot, dan pertumbuhan keseluruhan menunjukkan tanda-tanda keperlahanan. Walaupun data masih belum mengesahkan kemelesetan, ia semakin hampir.

Ambil contoh S&P 500. Dari pertengahan hingga akhir Mac, indeks ini melonjak dengan ketara daripada 5509 kepada 5790, mencerminkan sentimen pasaran yang positif. Namun, sentimen berubah dengan pantas selepas Presiden Donald Trump mengumumkan tarif baru yang dinamakan ‘Liberation Day’. Pengumuman itu mengejutkan pedagang dan mencetuskan jualan besar-besaran. Pasaran kemudian melonjak semula atas berita mengenai penangguhan sementara, hanya untuk jatuh lagi akibat ketidaktentuan yang diperbaharui. Setelah penangguhan itu disahkan, lonjakan besar berlaku, dengan NASDAQ mencatat kenaikan harian sebanyak 1,857.06 mata. Ayunan besar seperti ini biasanya bukan berpunca daripada keyakinan, tetapi lebih daripada kebimbangan.

Sementara itu, Federal Reserve kekal berhati-hati. Dengan tekanan inflasi yang berkaitan dengan tarif merumitkan landskap ekonomi, Pengerusi Jerome Powell mengekalkan kadar faedah. Fed perlu menemui keseimbangan yang ideal. Jika kadar dipotong terlalu awal, inflasi mungkin meningkat semula. Jika dikekalkan tinggi, pertumbuhan berisiko terhenti. Jika inflasi dan kelemahan ekonomi muncul serentak, stagflasi, iaitu senario ekonomi yang mencabar, boleh menjadi realiti.

Tingkah laku pengguna turut menunjukkan tekanan. Pada April, Consumer Sentiment Index University of Michigan jatuh 11%, menandakan kejatuhan keeempat berturut-turut. Penurunan ini melibatkan semua individu dengan kecenderungan politik, tahap pendapatan, dan kumpulan pendidikan. Kebimbangan tentang keselamatan pekerjaan semakin meningkat, dan dengan ketidaktentuan yang emakin tinggi, perbelanjaan isi rumah turut menurun, selanjutnya melemahkan prospek pertumbuhan.

Dari segi industri, Manufacturing Survey Empire State menunjukkan gambaran suram. Keadaan semasa berada pada -8.1%, dan jangkaan masa depan lebih teruk lagi pada -7.4%. Angka-angka ini antara yang paling lemah dalam lebih dua dekad dan lebih teruk daripada peringkat awal krisis kewangan 2008 dan pandemik COVID-19. Jangkaan yang lebih rendah hanya dilihat selepas serangan 9/11.

Korporat Amerika sedang bersiap sedia menghadapi kemunduran. Ramalan pendapatan untuk firma-firma S&P 500 telah diturunkan sebanyak 48%, menurut Bloomberg. Ini adalah semakan paling ketara sejak April 2020, ketika pandemik mengganggu pasaran global. Kali ini, ketidaktentuan dasar dan asas ekonomi yang goyah menjadi pendorong sifar pesimistik.

Model GDPNow Rizab Fed Atlanta kini meramalkan penguncupan -2.3% dalam KDNK AS bagi suku pertama 2025. Sebahagian daripada penurunan ini mungkin dibesar-besarkan akibat tindakan pantas pembelian emas menjelang tarif baharu, tetapi walaupun selepas pelarasan, pertumbuhan tetap perlahan. Dari kadar tahunan kukuh 3% sejak beberapa tahun lalu, anggaran semasa telah merosot kepada hanya 0.3%, menurut tinjauan CNBC.

Pasaran bon sedang memberikan isyarat amaran yang biasa. Keluk hasil (yield curve) kembali curam selepas menyonsang, iaitu penanda kemelesetan klasik yang dilihat sebelum setiap kejatuhan ekonomi AS sejak 1980. Biasanya, corak ini muncul apabila Fed bersedia melonggarkan dasar apabila pertumbuhan semakin lemah.

Buat masa ini, pasaran pekerjaan kekal stabil. Kadar pengangguran kekal pada 4.2%, dan tuntutan pengangguran mingguan tidak menunjukkan perubahan ketara, sekaligus memberi sedikit perlindungan. Fed telah menandakan tuntutan pengangguran sebagai salah satu penanda utama terbaik kemelesetan. Jika angka itu mula meningkat, penurunan ekonomi yang lebih ketara mungkin menyusul.

Walaupun AS belum secara rasmi memasuki kemelesetan, amaran jelas kelihatan di pelbagai sektor. Pertumbuhan semakin perlahan, optimisme semakin pudar, dan faktor risiko semakin meningkat. Tanpa perubahan dasar besar atau pengurangan ketegangan perdagangan, ancaman kemelesetan berpanjangan kekal tinggi. Laluan ke hadapan memerlukan langkah berhati-hati daripada pembuat dasar dan pelabur.

Pergerakan Pasaran Minggu Ini

Walaupun kalendar ekonomi agak pasif, pasaran kekal sensitif minggu lalu, memberi reaksi terhadap ketidaktentuan geopolitik, risiko kemelesetan AS yang semakin hampir, dan sentimen berhati-hati di kalangan pengguna dan perniagaan. Banyak pasangan mata wang utama dan komoditi kini sedang menguji tahap teknikal utama apabila pedagang menunggu arah yang lebih jelas.

Indeks Dolar AS (USDX) menunjukkan tanda-tanda kelemahan selepas kenaikan baru-baru ini. Zon sokongan utama berada di 98.10 dan 97.95, dengan pembeli dijangka masuk jika harga menurun. Lonjakan semula ke arah 102.40 berkemungkinan mencetuskan semakan sama ada momentum kenaikan boleh dikekalkan atau tidak, dengan selera risiko dan jangkaan dasar Fed memainkan peranan penting.

EUR/USD mungkin menawarkan peluang kenaikan jika ia jatuh ke kawasan 1.1210, manakala pergerakan naik mungkin menghadapi rintangan berhampiran 1.1580. Pedagang menumpukan perhatian kepada data Flash PMI yang akan datang, yang boleh mencetuskan volatiliti bergantung kepada sama ada ia menunjukkan kelembapan ekonomi lanjut di zon euro.

GBP/USD telah memasuki zon rintangan penting pada 1.3370. Penembusan boleh membawa kepada lonjakan singkat ke paras tinggi 1.34336 sebelum tekanan jualan kembali. Pound kekal sensitif terhadap jangkaan dasar Bank of England yang berubah-ubah di tengah-tengah spekulasi mengenai pemotongan kadar.

USD/JPY sedang menurun, dengan penganalisis memerhati tahap sokongan 139.572. Walaupun penurunan lanjut kelihatan terhad buat masa ini, sebarang pembalikan boleh melihat rintangan sekitar 146.60.

USD/CHF sedang menguji paras terendah baru-baru ini, dan pedagang dinasihatkan agar tidak menjual pada titik ini. Pemulihan berpotensi boleh menyasarkan paras 0.8410, di mana penjual mungkin kembali masuk.

AUD/USD nampaknya bersedia untuk meningkat sedikit, dengan 0.6415 sebagai titik reaksi berpotensi. Penurunan mungkin berlaku sebelum momentum kenaikan disambung semula. NZD/USD, selepas menurun sedikit dari 0.6000, mungkin akan menguji semula kawasan itu, dengan tingkah laku pasaran di tahap itu memberi petunjuk arah seterusnya.

USD/CAD telah mencatat paras terendah baru tetapi belum mencapai zon sokongan 1.3760. Jika ia melantun, rintangan berhampiran 1.4140 akan diperhatikan bagi tanda-tanda momentum menurun. Pergerakan harga minyak dijangka memainkan peranan utama dalam prestasi loonie minggu ini.

Minyak Mentah (USOil) kekal sensitif terhadap peristiwa geopolitik. Sokongan utama berada di 61.00 untuk senario kenaikan, manakala lonjakan ke arah 66.10 mungkin menarik minat penjual. Namun, ketegangan perdagangan AS – China yang semakin kritikal boleh menyebabkan harga minyak jatuh dengan mendadak, mungkin hingga ke paras 53.00.

Emas (XAU/USD) berada berhampiran paras tertinggi sepanjang masa. Walaupun ini menarik perhatian, penganalisis mengingatkan agar tidak mengejar kenaikan. Sebarang pengurangan ketegangan perdagangan boleh menyebabkan emas menurun. Namun, jika ketidaktentuan berterusan, lonjakan ke arah 3430 kekal berkemungkinan.

S&P 500 (SPX) sedang berada dalam fasa penyatuan. Penurunan ke 5060 mungkin menarik minat pembeli, manakala pergerakan naik mungkin menghadapi rintangan berhampiran 5610. Ekuiti sedang melalui atas garisan halus antara data ekonomi yang lemah dan kejutan pendapatan yang positif.

Bitcoin (BTC) memaparkan isyarat bullish, tetapi masih perlu membentuk struktur yang lebih kukuh untuk mengesahkan arah. Penembusan di atas 88,763.52 boleh membuka laluan ke arah 92,280. Seperti biasa, kecairan dan sentimen pasaran yang lebih luas akan menentukan pergerakan seterusnya.

Gas Asli (NATGAS) meneruskan aliran menurun, dengan zon sokongan berpotensi pada 3.05, 2.95, dan 2.80. Sebarang lantunan kemungkinan akan dipacu oleh ramalan cuaca dan kemas kini simpanan.

Ketidaktentuan pasaran terus memampatkan volatiliti merentas kelas aset. Ketika pedagang menunggu lonjakan seterusnya, tahap teknikal menjadi semakin penting. Data PMI dan ulasan bank pusat pertengahan minggu mungkin mencetuskan perubahan momentum yang dinanti ramai.

Acara Penting Untuk Diperhatikan Minggu Ini

Aktiviti pasaran semasa sesi Asia dan Eropah mungkin kekal sederhana kecuali jika ada berita penting yang menyemarakkan volatiliti. Ramai pedagang akan menggunakan awal minggu ini untuk menetapkan posisi menjelang pengeluaran data pada hari Rabu.

Pada hari Rabu, 23 April, beberapa data Flash PMI dari Zon Euro, UK, dan AS akan menjadi tumpuan utama. Flash Manufacturing PMI Jerman dijangka jatuh ke 47.5 daripada 48.3, manakala Flash Services PMI mungkin menurun sedikit kepada 50.3. Keputusan lemah boleh menolak euro lebih rendah.

UK juga akan mengeluarkan Flash Manufacturing PMI, dengan jangkaan pada 44.0 (daripada 44.9) dan Services PMI pada 51.4 (turun daripada 52.5). GBP/USD boleh mencatat pergerakan besar jika data meleset dari jangkaan.

Di AS, Manufacturing PMI diramalkan pada 49.3, turun daripada 50.2, manakala Services PMI dijangka pada 52.9 (sebelumnya 54.4). Penurunan ini menunjukkan kelembapan ekonomi yang meluas, terus menekan dolar dan hasil AS.

Pada hari Khamis, 24 April, Gabenor Bank of England, Andrew Bailey, akan berucap, dan sebarang petunjuk tentang pergerakan kadar akan memberi impak besar kepada pasaran UK.

Minggu ini berakhir dengan ucapan Pengerusi SNB, Schlegel, pada hari Jumaat, 25 April. Dengan bank pusat Switzerland juga mempertimbangkan pemotongan kadar, pedagang akan meneliti panduan yang boleh memberi kesan kepada USD/CHF dan pasangan CHF lain.

Buka akaun VT Markets anda sekarang dan mula berdagang.

Stops Level Adjustment Notice – Apr 21 ,2025

Dear Client,

To provide a better trading environment in accordance with the market conditions, VT Markets will adjust trading setting on April 21, 2025.

Please find the table below for more information:
1. Pending Stop Orders (Buy Stop / Sell Stop): The order price must not be set within the current spread range.
2. Stop Loss (S/L): The stop-loss price must not be set within the current spread range.
3. Pending Limit Orders (Buy Limit / Sell Limit) and Take Profit (T/P): The price is not restricted by the current spread range.

If you’d like more information, please don’t hesitate to contact [email protected].

Dividend Adjustment Notice – Apr 21 ,2025

Dear Client,

Please note that the dividends of the following products will be adjusted accordingly. Index dividends will be executed separately through a balance statement directly to your trading account, and the comment will be in the following format “Div & Product Name & Net Volume”.

Please refer to the table below for more details:

Dividend Adjustment Notice

The above data is for reference only, please refer to the MT4/MT5 software for specific data.

If you’d like more information, please don’t hesitate to contact [email protected].

Dividend Adjustment Notice – Apr 18 ,2025

Dear Client,

Please note that the dividends of the following products will be adjusted accordingly. Index dividends will be executed separately through a balance statement directly to your trading account, and the comment will be in the following format “Div & Product Name & Net Volume”.

Please refer to the table below for more details:

Dividend Adjustment Notice

The above data is for reference only, please refer to the MT4/MT5 software for specific data.

If you’d like more information, please don’t hesitate to contact [email protected].

Dividend Adjustment Notice – Apr 17 ,2025

Dear Client,

Please note that the dividends of the following products will be adjusted accordingly. Index dividends will be executed separately through a balance statement directly to your trading account, and the comment will be in the following format “Div & Product Name & Net Volume”.

Please refer to the table below for more details:

Dividend Adjustment Notice

The above data is for reference only, please refer to the MT4/MT5 software for specific data.

If you’d like more information, please don’t hesitate to contact [email protected].

New Products Launch – Apr 17 ,2025

Dear Client,

To provide you with more diverse trading options, VT Markets will have a new product launch. Please refer to the details:

New Products Launch

Friendly reminders:

1. The above data is for reference only, please refer to the MT4/MT5 software for specific data.

If you’d like more information, please don’t hesitate to contact [email protected].

Back To Top
server

Hai 👋

Bagaimana saya boleh membantu?

Segera berbual dengan pasukan kami

Chat Langsung

Mulakan perbualan secara langsung melalui...

  • Telegram
    hold Ditangguh
  • Akan datang...

Hai 👋

Bagaimana saya boleh membantu?

telegram

Imbas kod QR dengan telefon pintar anda untuk mula berbual dengan kami, atau klik di sini.

Tidak ada aplikasi Telegram atau versi Desktop terpasang? Gunakan Web Telegram sebaliknya.

QR code