Modifications on All Shares

Dear Client,

To provide a favorable trading environment to our clients, VT Markets will modify the trading setting of US Shares on June 9, 2025:

1. All US Shares products leverage will be adjusted to 33:1 .

Modifications on All Shares

2. 20 Premarket US shares on MT5: Leverage will be 5:1 during 14:00-16:30 and 22:45-23:00 ; and remain 33:1 during the rest of the trading time.

Modifications on All Shares

3. MT5 20 pre-market US stocks: TSLA, NVIDIA, NFLX, META, GOOG, AMAZON, AAPL, ALIBABA, MSFT, SHOP, BOEING, IBM, BAIDU, JPM, EXXON, INTEL, TSM, MCD, ORCL, DISNEY.

The above data is for reference only, please refer to the MT4 and MT5 software for specific data.

Friendly reminders:

1. All specifications for Shares CFD stay the same except leverage during the mentioned period.

2. The margin requirement of the trade may be affected by this adjustment. Please make sure the funds in your account are sufficient to hold the position before this adjustment.

If you’d like more information, please don’t hesitate to contact [email protected].

Tesla Menjunam 14% Selepas Musk Dan Trump Bertelagah

Saham Tesla mengalami kejatuhan mendadak dengan pasaran bertindak balas terhadap kemungkinan perubahan besar dalam sokongan kerajaan persekutuan. Saham tersebut merosot pantas melepasi setiap paras sokongan utama, mencecah paras terendah harian $273.18, menjadikannya kejatuhan harian terbesar sejak September 2020.

Punca utama penurunan ini adalah perselisihan di antara Elon Musk dan Presiden AS, Donald Trump. Trump menuduh Musk tidak setia dan meraih keuntungan berlebihan daripada peraturan kenderaan elektrik, yang mendorong Musk untuk membalas dengan mendakwa beliau memainkan peranan penting dalam kejayaan kempen Trump untuk pilihan raya 2024. Musk turut memberi bayangan tentang tindakan balas melalui kepentingan perniagaannya, termasuk operasi SpaceX yang berkait dengan NASA.

Penganalisis di Wedbush menyifatkan reaksi pasaran sebagai ‘dipacu emosi tetapi tidak keterlaluan’, sambil menekankan bahawa kontrak persekutuan yang melibatkan SpaceX dan bahagian tenaga Tesla merupakan sumber pendapatan jangka panjang yang signifikan. Sekiranya ketegangan politik membawa kepada perubahan dasar, risiko perniagaan boleh meningkat dengan ketara.

Analisis Teknikal

Tesla (TSLA) telah mengalami penurunan ketara dalam beberapa sesi perdagangan terkini, merudum lebih 12% daripada paras tertinggi sekitar $324 kepada paras terendah sekitar $273, sebelum stabil berhampiran $283. Carta 15 minit menunjukkan momentum menurun yang kuat, dengan ketiga-tiga moving average (MA 5, 10, 30) condong ke bawah dengan jelas dan berjauhan antara satu sama lain, menunjukkan tekanan jualan yang berterusan dan kekurangan kekuatan pemulihan jangka pendek.

TSLA menjunam lebih 12% dalam pembetulan mendadak, menemui sokongan sementara pada paras 273, seperti yang dilihat dalam aplikasi VT Markets.

Petunjuk MACD turut menyokong pandangan menurun ini, kekal dalam zon negatif tanpa tanda persilangan semula. Bar histogram terus mempamerkan warna merah, menandakan momentum penurunan yang masih kukuh. Pergerakan harga menunjukkan sedikit lantunan dari paras $273, mencadangkan kawasan ini mungkin bertindak sebagai sokongan jangka pendek. Namun, tanpa corak pembalikan yang jelas atau isyarat kenaikan pada MACD, pemulihan kelihatan lemah. Rintangan kini dijangka sekitar julat $300–$310, dan jika jumlah belian tidak kembali dengan ketara, TSLA mungkin kekal terdedah kepada risiko penurunan selanjutnya.

Pandangan Berhati-hati

48 jam yang seterusnya berpotensi menentukan hala tuju pertikaian ini dan juga pemulihan Tesla. Jika retorik antara kedua-dua pihak reda, pasaran mungkin menyaksikan lantunan sementara. Namun, jika konflik semakin meruncing dan kontrak kerajaan disemak dengan lebih teliti, tekanan jualan lanjut semakin pasti. Pedagang disaran memerhati kluster volatiliti dan sebarang reaksi dasar semasa perkembangan ini berlangsung.

Buka akaun live VT Markets anda sekarang dan mula berdagang.

Panduan Anda Kepada Batang Lilin Jepun Dalam Perdagangan

Jika anda baru saja menceburi bidang trading, sama ada untuk forex, CFD atau saham, anda tidak akan terlepas dari melihat siri bar menegak yang merentasi carta dari kiri ke kanan.

Bar tersebut adalah ‘Japanese candlestick’, atau batang lilin Jepun. Setiap lilin  memberikan maklumat yang tersendiri mengenai pergerakan harga sesuatu instrumen dalam tempoh masa yang dipilih.

Melalui jenis-jenis lilin dan corak yang dibentukkan, trader boleh menentukan titik untuk memasuki dan keluar dari pasaran. Apabila corak lilin dikaji dengan kaedah-kaedah teknikal dan konteks pasaran, pedagang mampu memahami trend pasaran untuk memaksimumkan keberangkalian mendapatkan keuntungan.

Sebelum kita merungkai corak lilin, kita harus memahami komponen-komponen lilin dan tujuan setiap komponen.

Dua Komponen Batang Lilin Jepun

Lilin Jepun mengandungi dua komponen yang memberikan maklumat penting mengenai pasaran:

Badan

Badan lilin mewakili julat di antara harga buka dan tutup dalam tempoh masa tertentu.

Lilin menaik selalunya berwarna hijau/putih. Harga tutup untuk lilin menaik adalah lebih tinggi dari harga buka. 

Kalau lilin berwarna merah/hitam, ini bermakna sesi ini dikawal oleh penjual dan lilin ini adalah menurun. Harga tutupnya adalah lebih rendah dari harga bukanya.

Sumbu

Nak tahu cara mudah untuk menilai volatiliti dalam sesuatu tempoh? Lihat saja kepanjangan sumbu lilin.

Jika lilin itu panjang, bermakna terdapat konflik di antara pembeli dan penjual yang menjurus kepada volatiliti tinggi. Sumbu pendek pula menggambarkan pasaran yang tenang.

Tetapi, tujuan utama sumbu adalah untuk mewakili julat harga yang melepasi harga buka dan tutup.

Cara Mudah Mengenali 11 Jenis Batang Lilin Jepun 

1. Doji

2. Marubozu Bullish Dan Bearish

3. Spinning Top

4. Hammer Dan Inverted Hammer

5. Shooting Star Dan Hanging Man

6. Bullish Engulfing Dan Bearish Engulfing

7. Bullish Harami Dan Bearish Harami

8. Morning Star Dan Evening Star

9. Three White Soldiers Dan Three Black Crows

10. Three Inside Up Dan Three Inside Down

11. Rising Three

1. Doji

Bagaimana nak kenal pasti doji?

Ini adalah bentuk lilin yang paling mudah untuk dicam kerana doji tidak mempunyai badan. Harga buka dan tutup berada di paras yang sama.

Terdapat tiga jenis doji yang boleh menggambarkan keadaan pasaran seperti berikut:

Apa yang anda boleh tafsirkan dari doji?

Doji diklasifikasikan sebagai lilin neutral jika ia ditemui dalam gerakan mendatar. Ia menjadi signifikan apabila dilihat pada kawasan harga tinggi selepas uptrend, atau pada kawasan harga rendah selepas downtrend.

Dalam situasi sebegini, doji berkemungkinan memberi isyarat tentang pembalikan pasaran. Doji yang dilihat selepas lilin hijau atau merah yang panjang juga akan memberi petunjuk kemungkinan pembalikan.

Kembali ke atas

2. Marubozu Bullish Dan Bearish

Bagaimana nak kenal pasti marubozu?

Kalau lilin tersebut ‘botak’ dan tidak mempunyai sumbu, maka anda sedang melihat lilin marubozu. Bergantung kepada keadaan pasaran, marubozu boleh menjadi hijau atau merah.

Apa yang anda boleh tafsirkan dari marubozu?

Lilin marubozu merah/hitam yang panjang dan botak dianggap sebagai isyarat menurun yang ketara. Ia menandakan aset tersebut dibuka pada harga tertinggi dan ditutup pada harga terendah. Dalam lilin marubozu merah/hitam, penjual menguasai pasaran sepenuhnya dalam tempoh tersebut.

Sebaliknya, lilin hijau/putih yang panjang dan botak memberikan isyarat menaik yang sangat kuat. Pembeli mengawal sepenuhnya pasaran pada tempoh tersebut, dengan pembukaan pada harga terendah dan penutupan pada harga tertinggi.

Kembali ke atas

3. Spinning Top

Bagaimana nak kenal pasti spinning top?

Lilin spinning top mempunyai bentuk yang serupa dengan doji, kecuali spinning top mempunyai badan yang nipis di tengah-tengah sumbu. Sumbu atas dan bawah pula jauh lebih panjang dari badan.

Apa yang anda boleh tafsirkan dari spinning top?

Spinning top menggambarkan keadaan yang tidak menentu di dalam pasaran, iaitu penjual dan pembeli sedang merebut kawalan atas pasaran.

Keadaan tidak menentu ini boleh mengekalkan momentum pergerakan mendatar, lebih-lebih lagi jika spinning top berada dalam julat sedia ada.

Sebaliknya, spinning top boleh menandakan keterbalikan trend jika ia muncul selepas uptrend atau downtrend.

Satu perkara penting yang anda perlu tahu ialah warna spinning top tidak penting, dan lokasinya lebih banyak memainkan peranan dalam menggambarkan arah pasaran.

Kembali ke atas

4. Hammer Dan Inverted Hammer

Bagaimana nak kenal pasti hammer?

Lilin ini boleh dikenal pasti di paras terendah downtrend. Hammer memiliki badan yang kecil dan sumbu yang dua atau tiga kali lebih panjang dari badan. Sumbu atasnya sangat pendek atau hammer tersebut botak di atasnya.

Apa yang anda boleh tafsirkan dari hammer?

Jika pasaran menunjukkan hammer selepas downtrend yang berlarutan, ia berkemungkinan menandakan trend bullish akan mengambil alih.

Walaupun sentimen menjual semakin berkurang apabila hammer muncul, ini tidak bermaksud anda harus membuka posisi membeli serta-merta.

Sebaik-baiknya anda harus menunggu pergerakan menaik yang ketara di tempoh seterusnya sebelum membuka posisi membeli.

Sama seperti spinning top, warna hammer tidak penting dalam memberikan maklumat, hanya lokasinya yang bernilai dalam carta.

Bagaimana nak kenal pasti inverted hammer?

Sama seperti hammer, inverted hammer boleh dijumpai di paras terendah downtrend. Label ‘inverted’ bermaksud terbalik, dan asalkan hammer tersebut balik, anda sudah menemui inverted hammer.

Apa yang anda boleh tafsirkan dari inverted hammer?

Terdapat kemungkinan pasaran akan beralih dari menurun kepada menaik. Walaupun potensi keterbalikannya adalah sama dengan hammer, sentimen pasaran dengan inverted hammer adalah berbeza dari hammer.

Sumbu atas yang panjang menandakan pembeli sedang mengawal pasaran dengan rintangan daripada penjual. Tetapi, penjual tidak berjaya untuk mengurangkan sentimen membeli.

Oleh itu, peluang untuk pasaran menaik adalah semakin tinggi selepas kemunculan inverted hammer.

Pastikan anda menunggu isyarat menaik yang lebih selamat untuk membuka posisi membeli dalam tempoh sererusnya.

Kembali ke atas

5. Shooting Star Dan Hanging Man

Bagaimana nak kenal pasti shooting star?

Shooting star adalah serupa dengan inverted hammer. Bezanya, ia boleh dilihat di puncak uptrend.

Apa yang anda boleh tafsirkan dari shooting star?

Shooting star sentiasa dianggap sebagai isyarat keterbalikan menurun selepas uptrend, selagi mana anda menunggu pengesahan dari lilin yang seterusnya.

Bagaimana nak kenal pasti hanging man?

Hanging man adalah serupa dengan hammer. Bezanya, ia boleh dilihat di puncak uptrend.

Apa yang anda boleh tafsirkan dari hanging man?

Anda boleh menafsir lilin ini sebagai tanda pasaran akan menurun selepas uptrend, selagi mana anda menunggu pengesahan dari lilin yang seterusnya.

Kembali ke atas

6. Bullish Engulfing Dan Bearish Engulfing

Bagaimana nak kenal pasti bullish engulfing?

Anda boleh mengenal pasti bullish engulfing apabila badan lilin menaik adalah jauh lebih panjang dari lilin menurun sebelumnya serta penutupan harga lilin menaik adalah lebih tinggi dari harga buka lilin menurun sebelumnya.

Apa yang anda boleh tafsirkan dari bullish engulfing?

Bullish engulfing akan muncul di dasar downtrend dan menandakan keterbalikan untuk pasaran uptrend. Pedagang boleh menafsirkan pasangan lilin ini sebagai perubahan ke sentimen positif.

Bagaimana nak kenal pasti bearish engulfing?

Anda boleh mengenal pasti bearish engulfing apabila badan lilin menurun adalah jauh lebih panjang dari lilin menaik sebelumnya serta penutupan harga lilin menurun adalah lebih rendah dari harga buka lilin menaik sebelumnya .

Apa yang anda boleh tafsirkan dari bearish engulfing?

Bearish engulfing akan muncul di puncak uptrend dan menandakan keterbalikan untuk pasaran downtrend. Pedagang boleh menafsirkan pasangan lilin ini sebagai perubahan ke sentimen negatif.

Kembali ke atas

7. Bullish Harami Dan Bearish Harami

Bagaimana nak kenal pasti bullish harami?

Secara mudah, harami adalah kembar berlawanan engulfing.

Corak lilin bullish harami adalah corak dua lilin yang terdiri daripada satu lilin menurun panjang dan satu lilin menaik kecil, di mana keseluruhan badan lilin menaik terletak di dalam badan lilin menurun yang sebelumnya.

Apa yang anda boleh tafsirkan dari bullish harami?

Tunggu harga untuk mencapai dasar pasaran. Kemunculan bullish harami menandakan trend akan menukar arah ke atas. Posisi kemasukan yang ideal semasa trading dengan corak bullish harami adalah ketika pengesahan penutupan lilin ketiga corak ini.

Bagaimana nak kenal pasti bearish harami?

Corak lilin bearish harami adalah corak dua lilin yang terdiri daripada satu lilin menaik panjang dan satu lilin menurun kecil, di mana keseluruhan badan lilin menurun terletak di dalam badan lilin menaik yang sebelumnya.

Apa yang anda boleh tafsirkan dari bearish harami?

Tunggu harga untuk mencapai puncak pasaran. Kemunculan bearish harami menandakan trend akan menukar arah ke bawah. Posisi kemasukan yang ideal semasa trading dengan corak bearish harami adalah ketika pengesahan penutupan lilin ketiga corak ini.

Kembali ke atas

8. Morning Star Dan Evening Star

Bagaimana nak kenal pasti morning star?

Morning star adalah corak di dasar downtrend yang dibentuk dari tiga lilin berikut dari kiri ke kanan:

1. Lilin menurun yang panjang

2. Lilin pendek atau spinning top yang kecil

3. Lilin menaik yang ketara yang harga tutupnya lebih tinggi dari harga buka lilin pertama

Apa yang anda boleh tafsirkan dari morning star?

Morning star memberi isyarat boleh ditafsirkan sebagai isyarat keterbalikan bullish di penghujung downtrend.

Dapatkan pengesahan arah pasaran selepas morning star dengan memerhatikan trend sambil menggunakan indikator untuk menguatkan andaian.

Bagaimana nak kenal pasti evening star?

Evening star adalah kembar berlawanan morning star. Ia memiliki tiga jenis lilin berikut dari kiri ke kanan di puncak uptrend:

1. Lilin menaik yang panjang

2. Lilin pendek atau spinning top yang kecil

3. Lilin menurun yang ketara dan harga tutupnya lebih rendah dari harga buka lilin pertama

Apa yang anda boleh tafsirkan dari evening star?

Corak ini menandakan pasaran bull mengalami kecelaruan yang sementara dan cenderung untuk memulakan momentum menurun.

Dapatkan pengesahan arah pasaran selepas evening star dengan memerhatikan trend sambil menggunakan indikator untuk menguatkan andaian.

Kembali ke atas

9. Three White Soldiers Dan Three Black Crows

Bagaimana nak kenal pasti three white soldiers?

Corak ini boleh dilihat selepas downtrend. Ia terdiri dari tiga lilin menaik yang jelas dengan penutupan untuk setiap lilin adalah lebih tinggi dari penutupan lilin sebelumnya. Setiap ‘soldier’ harus memiliki lilin yang lebih panjang dari lilin sebelumnya.

Apa yang anda boleh tafsirkan dari three white soldiers?

Kebiasannya, isyarat yang boleh ditafsir dari corak ini ialah momentum kenaikan yang ketara selepas downtrend mencapai dasarnya. Anda boleh membuka posisi membeli sambil mengamalkan pengurusan risiko yang anda biasa gunakan.

Bagaimana nak kenal pasti three black crows?

Three black crows menunjukkan sentimen yang berlawanan dengan three white soldiers. Corak ini boleh dilihat selepas uptrend. Ia terdiri dari tiga lilin menurun yang setiapnya lebih panjang berbanding lilin sebelumnya.  

Apa yang anda boleh tafsirkan dari three black crows?

Kebiasannya, isyarat yang boleh ditafsir dari corak ini ialah momentum penurunan yang ketara selepas puncak uptrend. Anda boleh membuka posisi menjual sambil mengamalkan pengurusan risiko yang anda biasa gunakan.

Kembali ke atas

10. Three Inside Up Dan Three Inside Down

Bagaimana nak kenal pasti three inside up?

Lilin menurun pertama mempunyai badan yang panjang dengan sumbu atas dan bawah. Lilin kedua adalah lilin menaik yang ditelan oleh lilin menurun pertama, menunjukkan perubahan pergerakan pasaran dari menurun ke menaik.

Lilin ketiga adalah lilin menaik yang bermula di atas penutupan lilin kedua. Lilin ketiga ditutup di atas lilin pertama, menandakan selesainya pembalikan trend pasaran dari menurun ke menaik.

Corak ini dianggap sebagai “three inside up” hanya apabila lilin ketiga dibuka separuh di atas lilin menurun pertama.

Apa yang anda boleh tafsirkan dari three inside up?

Corak tiga lilin ini dijumpai di dasar downtrend dan menandakan keterbalikan ke arah pasaran bull. Anda boleh membuka posisi membeli jika anda mampu mengesahkan arah ke atas dengan konteks pasaran dan indikator.

Bagaimana nak kenal pasti three inside down?

Lilin menaik pertama mempunyai badan yang panjang dengan sumbu atas dan bawah. Lilin kedua adalah lilin menurun yang ditelan oleh lilin menaik pertama, menunjukkan perubahan pergerakan pasaran dari menaik ke menurun.

Lilin ketiga adalah lilin menurun yang bermula dari bawah harga penutupan lilin kedua. Lilin ketiga ditutup di bawah lilin pertama, menandakan selesainya pembalikan trend pasaran dari menaik ke menurun.

Corak ini dianggap sebagai “three inside down” hanya apabila lilin ketiga dibuka separuh di bawah lilin menaik pertama.

Apa yang anda boleh tafsirkan dari three inside down?

Corak tiga lilin ini dijumpai di puncak uptrend dan menandakan keterbalikan ke arah pasaran bear. Anda boleh membuka posisi menjual jika anda mampu mengesahkan arah ke bawah dengan konteks pasaran dan indikator.

Kembali ke atas

11. Rising Three

Bagaimana nak kenal pasti rising three?

Struktur corak candlestick “rising three” terdiri daripada lima lilin. Lilin pertama adalah lilin menaik yang panjang dan merupakan sebahagian daripada uptrend yang sedang berlaku.

Tiga lilin berikutnya adalah lilin menurun, dengan badan mereka terkandung dalam badan lilin pertama. Tiga lilin menurun ini trading pada harga yang lebih tinggi daripada paras terendah lilin pertama tetapi lebih rendah daripada paras tertinggi lilin pertama.

Lilin kelima dan terakhir dalam corak ini adalah lilin menaik di mana paras tertingginya melebihi paras tinggi candlestick pertama. Candlestick kelima ini juga ditutup pada harga yang lebih tinggi daripada candlestick pertama.

Apa yang anda boleh tafsirkan dari rising three?

Lilin bear ini muncul di dalam uptrend kerana terdapat perubahan sementara dalam sentimen.

Pembeli menghentikan aktiviti perdagangan mereka buat sementara waktu, tetapi kemunculan lilin menaik kelima selepas lilin menurun ketiga menandakan pembeli masih mengawal pasaran.

Oleh itu, jika anda sudah berada dalam posisi membeli, anda boleh meneruskan momentum anda sehingga ke tahap yang anda mahukan. Pastikan anda mendapatkan pengesahan untuk momentum pasaran bull jika melihat rising three.

Kembali ke atas

Kata Penutup

Batang lilin Jepun menawarkan cara yang mudah dan praktikal untuk memahami pergerakan harga dan sentimen pasaran secara keseluruhan.

Tetapi, anda harus peka dengan fakta yang penting mengenai batang lilin Jepun:

Walaupun batang lilin Jepun merupakan alat analisis pasaran yang bernilai, ia tidak bermaksud anda boleh bergantung kepada bentuk dan corak lilin semata-mata untuk membuat sebarang keputusan perdagangan.

Anda harus memberi perhatian kepada situasi ekonomi, konteks pasaran dan penggunaan indikator yang bersesuaian sebelum membuka dan menutup posisi.

Dividend Adjustment Notice – Jun 05 ,2025

Dear Client,

Please note that the dividends of the following products will be adjusted accordingly. Index dividends will be executed separately through a balance statement directly to your trading account, and the comment will be in the following format “Div & Product Name & Net Volume”.

Please refer to the table below for more details:

Dividend Adjustment Notice

The above data is for reference only, please refer to the MT4/MT5 software for specific data.

If you’d like more information, please don’t hesitate to contact [email protected].

Dolar Australia Kekal Stabil Walaupun Data Domestik Lemah

Dolar Australia kekal stabil pada hari Khamis, didagangkan sekitar $0.6491, dengan disokong oleh kelemahan dolar AS berbanding kekuatan ekonomi domestik. Walaupun data terkini dari Australia agak mengecewakan, mata wang Aussie berjaya bertahan di tengah perubahan sentimen risiko, apabila kebimbangan terhadap dasar perdagangan AS memberi tekanan ke atas dolar AS.

Mata wang tersebut meningkat sebanyak 0.5% semalaman, sejajar dengan kejatuhan dolar AS secara meluas. Data ekonomi AS menunjukkan sektor perkhidmatan menguncup buat kali pertama dalam tempoh hampir setahun. Pada masa yang sama, bilangan pekerjaan swasta menurut angka ADP hanya meningkat sebanyak 152,000, jauh di bawah jangkaan 173,000. Hasil bon Treasury AS turut merosot, menyebabkan indeks dolar jatuh ke paras terendah dalam enam minggu dan menghangatkan semula spekulasi bahawa Federal Reserve mungkin akan mula menurunkan kadar seawal bulan September.

Persekitaran data ekonomi AS yang semakin lemah ini mendorong pelabur untuk beralih daripada dolar kepada aset berisiko yang menawarkan hasil lebih tinggi, sekali gus menyokong prestasi Aussie meskipun ekonomi Australia sedang menghadapi tekanan.

Unjuran Domestik Masih Rapuh

Data tempatan Australia terus mencerminkan gambaran yang suram. Angka KDNK yang diumumkan pada hari Rabu mengecewakan, manakala Household Spending Index pada hari Khamis hanya mencatatkan pertumbuhan sederhana bagi bulan April. Ini turut sejajar dengan bacaan lemah sebelumnya bagi jualan runcit dan lebihan perdagangan yang lebih kecil, yang didorong oleh penurunan eksport emas, yang menunjukkan momentum pertumbuhan perlahan menjelang suku kedua.

Pasaran kini semakin menjangkakan bahawa Reserve Bank of Australia mungkin mula melonggarkan dasar monetari seawal bulan Julai, dengan jangkaan bahawa kadar faedah akan mencecah paras terendah sekitar 2.85% menjelang awal tahun 2026. Walaupun eksport ke China kekal stabil, ia masih belum mencukupi untuk menampung kelembapan perbelanjaan pengguna secara keseluruhan.

Analisis Teknikal

Aussie meningkat daripada paras rendah 0.6445 dan mencapai puncak 0.6509 sebelum bergerak dalam julat yang lebih sempit. Momentum paling kukuh berlaku sekitar pertindihan sesi Asia–London, disokong oleh persilangan kenaikan MACD dan siri paras rendah yang semakin tinggi. Namun, selepas menguji paras rintangan berhampiran 0.6510, harga mendatar sedikit di bawah moving average 30-tempoh, menandakan kemungkinan jeda dalam trend.

Pasangan AUD/USD kini terhenti berhampiran 0.6510 selepas kenaikan perlahan. Momentum semakin pudar apabila harga berkumpul di bawah tahap rintangan, seperti yang dipaparkan dalam aplikasi VT Markets.

Momentum MACD telah melemah, dengan histogram hampir ke zon neutral dan garis isyarat semakin rapat. Moving average jangka pendek (5 dan 10) kini berkumpul rapat dengan harga, menunjukkan potensi untuk berlaku penembusan, sama ada ke atas atau ke bawah, bergantung kepada pemangkin seterusnya.

Paras rintangan kekal pada 0.6509, manakala sokongan terletak pada 0.6480. Jika harga berjaya melepasi 0.6510, laluan ke arah 0.6530 mungkin terbuka. Sebaliknya, penurunan di bawah 0.6480 boleh menyebabkan pasangan ini kembali ke arah 0.6460.

Pedagang kini akan menumpukan perhatian kepada laporan non-farm payroll AS pada hari Jumaat sebagai pemangkin utama seterusnya. Sekiranya data lebih lemah daripada jangkaan, ia mungkin menekan dolar AS dengan lebih lanjut dan memberikan dorongan kepada Aussie untuk menguji bahagian atas julatnya sekitar 0.6537. Sehingga itu, harga dijangkan akan kekal dalam julat dengan momentum kenaikan yang terhad.

Buka akaun live VT Markets anda hari ini dan mula berdagang sekarang.

New Products Launch – Jun 04 ,2025

Dear Client,

To provide you with more diverse trading options, VT Markets will have a product launch. Please refer to the details:

New Products Launch

Friendly reminders:

1. The above data is for reference only, please refer to the MT4/MT5 software for specific data.

2. The swap rate is subject to the MT4 and MT5 software.

If you’d like more information, please don’t hesitate to contact [email protected].

Dividend Adjustment Notice – Jun 04 ,2025

Dear Client,

Please note that the dividends of the following products will be adjusted accordingly. Index dividends will be executed separately through a balance statement directly to your trading account, and the comment will be in the following format “Div & Product Name & Net Volume”.

Please refer to the table below for more details:

Dividend Adjustment Notice

The above data is for reference only, please refer to the MT4/MT5 software for specific data.

If you’d like more information, please don’t hesitate to contact [email protected].

Tinjauan Mingguan: Ketegangan Taktikal Dan Haluan Jangka Panjang Yang Menyimpang

Walaupun tiada tembakan dilepaskan, konflik ekonomi antara AS dan China terus membara. Ketegangan perdagangan terkini, yang tertumpu kepada sekatan teknologi dan bahan strategik, sekali lagi menggemparkan pasaran global.

Para pelabur kini memerhati dengan teliti apabila Amerika Syarikat dan China kembali ke fasa pergelutan ekonomi. Episod terbaru ini memberi tumpuan kepada sektor-sektor penting seperti semikonduktor, logam seperti keluli dan aluminium, serta bidang unsur nadir bumi yang sensitif dari segi geopolitik. Namun kali ini nadanya lebih tajam: kempen pilihan raya di AS, Beijing yang semakin tegas, dan inflasi global yang semakin tinggi meningkatkan risiko setiap perubahan dasar.

Langkah dasar terbaru ini dirancang secara berhati-hati. Washington telah mengetatkan sekatan eksport cip AI canggih, mengehadkan akses China kepada teknologi bertaraf maju. Seperti yang dijangkakan, Beijing membalas dengan mengutuk sekatan ini sebagai diskriminasi dan mencari sokongan melalui kerangka WTO. Keadaan bertambah tegang apabila Presiden Trump mengumumkan kenaikan tarif yang ketara, menggandakan levi ke atas import keluli dan aluminium global kepada 50%, dengan China menjadi sasaran utama. Beliau mendakwa China melanggar perjanjian perdagangan antarabangsa, satu tuduhan yang telah ditolak oleh China tetapi masih belum ditangani secara diplomatik.

Ketidaktentuan lazimnya mengganggu pasaran, dan ketegangan ini mendorong pedagang untuk mencari persamaan sejarah. Adakah kita sedang mengulangi ketidaktentuan tahun 2019? Walaupun terdapat beberapa persamaan, tetapi terdapat juga perbezaan penting. Ketika itu, kebimbangan reda dengan perjanjian ‘Fasa Satu’ yang membolehkan kedua-dua pihak mendakwa kemenangan separa tanpa banyak pengorbanan. Hari ini, insentif politik telah berubah. Pendekatan agresif Trump menarik penyokongnya, manakala China kelihatan lebih komited untuk memperkukuh kebergantungan dalaman, khususnya dalam sektor cip dan tenaga.

Walaupun retorik kedua-dua pihak tegas, mereka sedar risiko pemisahan ekonomi sepenuhnya. Pembuat kereta AS mungkin terjejas teruk oleh tarif nadir bumi, dan sekatan eksport cip AI boleh menelan kerugian berbilion dolar bagi syarikat seperti Nvidia. Walaupun China sedang pesat membangun, negara itu masih sangat bergantung pada teknologi berprestasi tinggi dari luar untuk menyokong pertumbuhan AI mereka. Gangguan kelihatan tidak dapat dielakkan, tetapi tiada pihak bersedia untuk menanggung kerosakan ekonomi bersama.

Pergerakan Pasaran Minggu Ini

Ketidaktentuan dijangka berterusan dalam jangka pendek, terutamanya dalam komoditi, saham teknologi, dan aset selamat seperti emas. Selera risiko mungkin menyusut apabila pelabur menilai semula jangkaan ketidaktentuan berpanjangan.

Indeks Dolar AS (USDX) terus merosot, menguji paras 99.80 sebelum sedikit susut. Jika harga menyatu semula di paras ini, pedagang patut memerhati corak penurunan seterusnya ke 99.15. Penurunan di bawah 98.80, diikuti dengan struktur sekitar 98.00, boleh membuka ruang ke paras terendah tahunan baharu. Namun, sebarang nada hawkish dalam kenyataan Powell boleh memperlahankan tekanan menurun buat sementara waktu.

Euro melonjak dari paras 1.1390 minggu lalu. Jika EUR/USD kekal di atas 1.1360, potensi kenaikan baharu boleh berlaku. Pasaran menunggu keputusan ECB pada Khamis, dengan potongan kadar kepada 2.15% dari 2.40% dijangka. Namun, nada berhati-hati dari ECB boleh menghadkan keuntungan.

Pound Sterling turut mengukuh melepasi 1.3500. Jika GBP/USD stabil sekitar 1.3485, potensi kenaikan ke 1.3600 mungkin berlaku. Namun, kebimbangan inflasi di UK boleh menyulitkan prospek, terutama dengan data CPI yang bakal dikeluarkan.

USD/JPY berundur ke paras sekitar 142.60. Jika penyatuan terbentuk berhampiran sokongan ini, pergerakan menurun ke 141.00 mungkin berlaku. Corak penurunan semakin ketara, terutama jika Gabenor BOJ Ueda menyampaikan pandangan hawkish. Rintangan kini berada sekitar 143.85.

USD/CHF kekal lemah. Pembetulan kecil mungkin menguji semula zon 0.8220, kini paras penting untuk kemasukan semula bearish. Dengan sentimen risiko yang berubah pantas, status franc sebagai mata wang selamat boleh menjadi tarikan jika pertikaian perdagangan bertambah buruk.

Dolar Australia (AUD/USD) melonjak selepas menguji paras terendah baru-baru ini. Jika ia stabil sekitar 0.6455, pergerakan ke 0.6530 mungkin terjadi. Malah, penurunan ke 0.6370 boleh menjadi peluang belian baharu, dengan data KDNK dijangka perlahan ke 0.40% q/q dari 0.60%.

NZD/USD meniru jejak Aussie dengan kenaikan. Jika harga berhenti sekitar 0.6000, corak bullish boleh disambung. Jika tidak, 0.5970 bertindak sebagai sokongan seterusnya. Pedagang Kiwi akan memerhati langkah seterusnya dari China kerana kaitan perdagangan yang tinggi.

USD/CAD terus jatuh dengan pembetulan terhad, menandakan kekuatan dolar Kanada, mungkin disokong oleh harga minyak. Jika pasangan ini menyatu di sekitar 1.3780, sasaran seterusnya untuk penurunan ialah 1.3660. Keputusan kadar Kanada pada Rabu, dijangka 2.50% (dari 2.75%), mungkin menghentikan aliran ini jika nada bank pusat lebih lembut.

Emas melonjak melepasi $3325.45 sebelum sedikit reda. Jika harga kekal sekitar $3310, kesinambungan ke $3365.74 mungkin berlaku. Ketidaktentuan geopolitik dan data AS yang lemah mengekalkan logam ini dalam perhatian pelabur sebagai lindung nilai.

Minyak WTI (USOIL) dalam corak penyatuan yang lebih luas. Jika harga pecah bawah $63.327, pedagang patut bersedia untuk penurunan sebelum kenaikan semula yang tidak menentu. Pasaran tenaga amat sensitif kepada gangguan perdagangan dan boleh bertindak balas kuat terhadap sebarang sekatan sebenar.

S&P 500 (SP500) melonjak dari paras 5850. Jika indeks ini melepasi 5928.30, lanjutan kenaikan ke 5980 mungkin berlaku. Jika momentum hilang dan paras terendah baru terbentuk, 5685 boleh diuji semula. Pelabur sedang memerhati kenyataan Powell, kerana sebarang kejutan hawkish boleh melemahkan momentum semasa.

Bitcoin menyatu berhampiran paras utama. Penolakan sekitar 107490 boleh membawa kepada penurunan ke 99660 atau 97300. Pasaran kripto kekal sensitif terhadap kejutan makroekonomi dan perubahan kecairan.

Perak (XAG/USD) melonjak semula selepas menguji sokongan. Jika harga berhenti lagi di sekitar 33.05, pembeli mungkin kembali. Penurunan ke 32.25 menawarkan zon belian lain. Pecahan kukuh di atas 33.683 boleh mencetuskan ujian pada 33.80, paras struktur utama.

Ethereum (ETH/USD) menurun. Jika harga jatuh ke 2415 atau 2215, paras ini mungkin menarik minat belian. Aset kripto sedang menjejaki sentimen risiko dengan rapat, dan ketika ekuiti goyah, pedagang mungkin mencari peluang dalam corak tidak menentu di sini.

Secara keseluruhan, corak minggu ini jelas: pasaran sensitif tetapi belum panik. Tindakan harga menghampiri zon-zon penting, di mana sebarang perubahan nada bank pusat, data ekonomi, atau tajuk lintas sempadan boleh mencetuskan reaksi mendadak. Pedagang harus menganggap zon-zon ini sebagai medan pertempuran, bukan kepastian. Perhatikan penyatuan dahulu, kemudian pengesahan. Struktur kini lebih penting daripada sebelumnya.

Acara Utama Minggu Ini

Isnin, 2 Jun: ISM Manufacturing PMI AS naik sedikit ke 49.3 dari 48.7, mencadangkan penstabilan tetapi masih menunjukkan penguncupan — tidak cukup kuat untuk mempengaruhi sentimen pasaran secara menyeluruh.

Selasa, 3 Jun: Hari penting apabila Jerome Powell berucap. Pasaran akan meneliti setiap kenyataannya bagi sebarang perubahan jangkaan pemotongan kadar. Gabenor BOJ Ueda juga dijangka berucap. Data peluang pekerjaan JOLTS AS dijadualkan, dengan penurunan dari 7.19 juta boleh menimbulkan kebimbangan pasaran buruh.

Rabu, 4 Jun: KDNK Australia dijangka perlahan ke 0.40% q/q, menandakan ekonomi yang menyejuk. Bank pusat Kanada turut menjadi tumpuan, dengan pemotongan kadar 25 mata asas dijangka. Harga minyak mungkin memainkan peranan sokongan untuk dolar Kanada.

Khamis, 5 Jun: ECB dijangka melonggarkan kadar utamanya dari 2.40% ke 2.15%. Pedagang akan meneliti panduan Lagarde — sebarang petunjuk bahawa ini sebahagian daripada kitaran pelonggaran lebih besar boleh menjejaskan euro walaupun terdapat kekuatan teknikal.

Jumaat, 6 Jun: Minggu ditutup dengan laporan NFP AS. Ramalan menunjukkan pertambahan 130,000 pekerjaan, menurun dari 177,000. Kadar pengangguran dijangka kekal pada 4.2%. Angka lemah boleh memberi tekanan kepada dolar dan menyokong emas, manakala angka kukuh boleh menguatkan sikap berhati-hati Fed dan menyokong dolar.

Buka akaun live anda dengan VT Markets dan mula berdagang sekarang.

Dividend Adjustment Notice – Jun 03 ,2025

Dear Client,

Please note that the dividends of the following products will be adjusted accordingly. Index dividends will be executed separately through a balance statement directly to your trading account, and the comment will be in the following format “Div & Product Name & Net Volume”.

Please refer to the table below for more details:

Dividend Adjustment Notice

The above data is for reference only, please refer to the MT4/MT5 software for specific data.

If you’d like more information, please don’t hesitate to contact [email protected].

Dividend Adjustment Notice – Jun 02 ,2025

Dear Client,

Please note that the dividends of the following products will be adjusted accordingly. Index dividends will be executed separately through a balance statement directly to your trading account, and the comment will be in the following format “Div & Product Name & Net Volume”.

Please refer to the table below for more details:

Dividend Adjustment Notice

The above data is for reference only, please refer to the MT4/MT5 software for specific data.

If you’d like more information, please don’t hesitate to contact [email protected].

Back To Top
server

Hai 👋

Bagaimana saya boleh membantu?

Segera berbual dengan pasukan kami

Chat Langsung

Mulakan perbualan secara langsung melalui...

  • Telegram
    hold Ditangguh
  • Akan datang...

Hai 👋

Bagaimana saya boleh membantu?

telegram

Imbas kod QR dengan telefon pintar anda untuk mula berbual dengan kami, atau klik di sini.

Tidak ada aplikasi Telegram atau versi Desktop terpasang? Gunakan Web Telegram sebaliknya.

QR code