Notification of Trading Adjustment in Holiday – May 29 ,2025

Dear Client,

Affected by international holidays, the trading hours of some VT Markets products will be adjusted. Please check the following link for the affected products:

Notification of Trading Adjustment in Holiday

Note: The dash sign (-) indicates normal trading hours.

Friendly Reminder:
The above data is for reference only, please refer to the MT4/MT5 software for specific data.

If you’d like more information, please don’t hesitate to contact [email protected].

Dividend Adjustment Notice – May 29 ,2025

Dear Client,

Please note that the dividends of the following products will be adjusted accordingly. Index dividends will be executed separately through a balance statement directly to your trading account, and the comment will be in the following format “Div & Product Name & Net Volume”.

Please refer to the table below for more details:

Dividend Adjustment Notice

The above data is for reference only, please refer to the MT4/MT5 software for specific data.

If you’d like more information, please don’t hesitate to contact [email protected].

June Futures Rollover Announcement – May 29 ,2025

Dear Client,

New contracts will automatically be rolled over as follows:

June Futures Rollover Announcement

Please note:
• The rollover will be automatic, and any existing open positions will remain open.
• Positions that are open on the expiration date will be adjusted via a rollover charge or credit to reflect the price difference between the expiring and new contracts.
• To avoid CFD rollovers, clients can choose to close any open CFD positions prior to the expiration date.
• Please ensure that all take-profit and stop-loss settings are adjusted before the rollover occurs.
• All internal transfers for accounts under the same name will be prohibited during the first and last 30 minutes of the trading hours on the rollover dates.

If you’d like more information, please don’t hesitate to contact [email protected].

Dividend Adjustment Notice – May 28 ,2025

Dear Client,

Please note that the dividends of the following products will be adjusted accordingly. Index dividends will be executed separately through a balance statement directly to your trading account, and the comment will be in the following format “Div & Product Name & Net Volume”.

Please refer to the table below for more details:

Dividend Adjustment Notice

The above data is for reference only, please refer to the MT4/MT5 software for specific data.

If you’d like more information, please don’t hesitate to contact [email protected].

S&P 500 Kekal Stabil Sementara Pasaran Menantikan Keputusan Kewangan Nvidia

Indeks S&P 500 berlegar sedikit di bawah paras 5930 pada hari Rabu, bergerak mendatar selepas pulih daripada paras terendah sesi pada 5855.05. Peserta pasaran kekal berhati-hati menjelang laporan pendapatan Nvidia yang dinanti-nantikan. Carta 15 minit menunjukkan pergerakan harga telah menyempit dalam julat kecil di antara 5922 hingga 5934, manakala penunjuk momentum seperti MACD mencadangkan dorongan bullish semakin lemah.

Selepas lonjakan pada hari Selasa, di mana saham Nvidia meningkat lebih 4% berikutan optimisme terhadap pertumbuhan hasil berkaitan AI, sentimen pasaran menjadi lebih berhati-hati. Para pedagang kini menunggu pengesahan bahawa Nvidia mampu mencapai jangkaan yang tinggi. Menurut anggaran LSEG, syarikat itu dijangka mencatat peningkatan pendapatan suku pertama sebanyak 66.2%, mencecah $43.28 bilion.

Dalam landskap makro yang lebih luas, data keyakinan pengguna AS mencatat bacaan lebih kukuh daripada jangkaan, memberi sokongan kepada dolar AS dan mengehadkan penilaian ekuiti apabila hasil bon stabil. Indeks dolar naik 0.25%, meneruskan kenaikan 0.6% pada hari Selasa, manakala euro susut ke paras $1.1304. Hasil bon Treasury AS jangka panjang pula berhenti seketika selepas kenaikan baru-baru ini, memberi kelegaan sementara kepada pelabur ekuiti yang prihatin terhadap tekanan penilaian.

Analisis Teknikal

Indeks S&P 500 melonjak semula dengan ketara daripada paras rendah 5855.05 pada 27 Mei, naik lebih 80 mata untuk menguji rintangan berhampiran 5934.70 pada awal perdagangan 28 Mei. Pemulihan ini dipacu oleh lilin bullish yang kukuh, dengan pergerakan harga melepasi ketiga-tiga moving average (5, 10, 30 hari), menandakan momentum bullish jangka pendek. Namun, kenaikan terhenti berhampiran puncak sebelum ini, dan harga kini sedang mengukuh di bawah paras rintangan.

SP500 meningkat dari 5855 ke 5935 sebelum terhenti, momentum berkurangan berhampiran rintangan apabila bulls berhenti, seperti yang dilihat dalam aplikasi VT Markets.

MACD menunjukkan momentum kenaikan yang semakin berkurang, dengan bar histogram semakin mengecil dan garis MACD menghampiri potensi persilangan menurun. Jika sokongan pada 5920 kekal kukuh, gelombang kenaikan kedua mungkin berlaku. Jika tidak, penurunan di bawah moving average 30 hari boleh membuka ruang untuk menguji semula kawasan 5900–5890.

Unjuran Berhati-hati

Pergerakan seterusnya yang lebih jelas bagi indeks S&P 500 berkemungkinan besar akan ditentukan oleh keputusan kewangan Nvidia. Jika pendapatan melebihi jangkaan, ia boleh mencetuskan kenaikan ke kawasan 5950–5970. Ssebaliknya, jika ianya mengecewakan, indeks mungkin jatuh di bawah paras 5900.

Dengan ketidaktentuan pasaran bon yang semakin reda dan data ekonomi utama kekal kukuh, risiko penurunan dilihat terhad dalam jangka pendek. Namun, satu pemangkin yang jelas masih diperlukan untuk mendorong kenaikan lebih lanjut. Buat masa ini, sentimen pasaran kekal optimis tetapi berhati-hati.

Buka akaun live dengan VT Markets hari ini dan rebut peluang pasaran yang tersedia.

Memahami Aset Selamat

Apabila ‘Tariff Liberation Day’ diumumkan pada 2 April 2025, pasaran global serta-merta beralih kepada mod penghindaran risiko. Saham-saham jatuh dengan mendadak apabila pelabur dan pedagang menjangkakan kemungkinan perang perdagangan selepas pengumuman tarif tersebut. Indeks-indeks utama pasaran terus mengalami penurunan ketara dalam beberapa hari berikutnya.

Modal segera mengalir ke dalam aset selamat tradisional apabila pelabur dan pedagang cuba melindungi portfolio mereka daripada volatiliti pasaran.

Tetapi apakah sebenarnya aset selamat? Dan mengapa permintaannya meningkat semasa ketidaktentuan ekonomi?

Definisi Aset Selamat

Aset selamat cenderung untuk mengekalkan atau meningkatkan nilainya semasa ketidaktentuan ekonomi, volatiliti pasaran atau tekanan geopolitik. Aset ini dianggap sebagai pilihan menyimpan nilai yang dipercayai dan berfungsi mengurangkan kerugian dalam portfolio apabila pasaran menurun secara keseluruhannya.

Namun begitu, aset ini mungkin tidak mempunyai potensi pertumbuhan seperti aset lain dalam persekitaran ekonomi yang optimistik.

Bagi pedagang, memahami aset selamat adalah penting. Aset-aset ini menawarkan perlindungan potensi terhadap kerugian dan memberi peluang perdagangan unik ketika ketidaktentuan.

Ciri-Ciri Utama Aset Selamat

1. Kecairan

Kemudahan untuk membeli dan menjual sesuatu aset adalah asas utama dalam perdagangan. Ini amat penting semasa krisis, apabila anda mungkin perlu mencairkan aset dengan segera untuk mendapatkan wang tunai.

2. Bekalan Terhad

Aset dengan bekalan yang dihadkan atau dikawal cenderung mengekalkan nilainya dengan lebih baik kerana kekurangan menyokong kestabilan harga atau kenaikan nilai. Sebagai contoh, bekalan emas yang terhad menjadikannya aset selamat klasik.

3. Fungsi Praktikal

Aset yang mempunyai kegunaan praktikal atau nilai intrinsik (seperti emas dalam industri dan perhiasan) biasanya mempunyai permintaan yang lebih stabil dan kurang terdedah kepada spekulatif volatiliti, sekaligus meningkatkan kebolehpercayaannya.

4. Kestabilan Pihak Penerbit Atau Entiti Penyokong

Kestabilan politik dan fiskal negara yang mengeluarkan bon kerajaan atau mata wang adalah sangat penting. Bon Treasury AS dan mata wang seperti franc Swiss atau yen Jepun sering menjadi pilihan kerana tadbir urus negara yang stabil.

5. Kekal Nilai Fizikal

Aset tersebut tidak seharusnya merosot secara fizikal atau kehilangan nilainya disebabkan pereputan atau menjadi usang. Logam berharga dan bon kerajaan memenuhi kriteria ini.

6. Perkaitan Rendah Atau Negatif Dengan Aset Berisiko

Nilai aset selamat seharusnya meningkat atau sekurang-kurangnya dikekalkan apabila saham atau aset berisiko lain jatuh, menyediakan kepelbagaian dan perlindungan portfolio yang sebenar.

Lima Jenis Aset Selamat

Kelebihan Dan Kekurangan Setiap Aset Selamat

Adakah Terdapat Situasi Di Mana Aset Selamat Kehilangan Tarikannya?

Ya, aset selamat tidak kebal sepenuhnya. Terdapat beberapa situasi yang boleh mengurangkan daya tarikan aset-aset ini:

1. Kadar Faedah dan Jangkaan Inflasi yang Meningkat

Aset seperti emas biasanya lemah apabila kadar faedah sebenar meningkat kerana ia tidak menghasilkan pendapatan, menjadikannya kurang menarik berbanding aset yang memberikan hasil.

Apabila bank pusat mengetatkan dasar monetari dan menaikkan kadar, harga emas boleh jatuh, sekaligus mengurangkan peranannya sebagai aset selamat.

Begitu juga dengan bon kerajaan, terutamanya bon jangka panjang seperti Bon Treasury AS, yang boleh mengalami kejatuhan harga apabila kadar faedah meningkat.

2. Ketidakstabilan Politik Dan Fiskal

Bon Treasury AS, yang dianggap paling selamat, boleh menjadi tidak stabil dan kehilangan daya tarikan sekiranya terdapat kebimbangan mengenai defisit kerajaan, perubahan dasar secara tiba-tiba atau risiko politik.

Sebagai contoh, ketidakpastian fiskal atau pergolakan politik boleh menyebabkan pelabur menjual bon ini, mengurangkan fungsi perlindungannya.

3. Krisis Unik Dan Keadaan Pasaran yang Berbeza

Setiap krisis pasaran adalah unik, dan aset selamat yang berkesan dalam satu krisis mungkin tidak memberi kesan yang sama dalam krisis lain.

Sebagai contoh, semasa kejatuhan pasaran saham pada tahun 2022, emas, dolar AS dan saham defensif menunjukkan prestasi yang baik, tetapi bon dan beberapa mata wang bukan USD menurun.

4. Perubahan Struktur dan Pergolakan Geopolitik

Dominasi dolar AS sebagai aset selamat sedang dicabar oleh faktor struktur seperti usaha dedolarisasi oleh beberapa negara dan penggunaan sistem kewangan sebagai alat sekatan.

Ini boleh mengurangkan kebolehpercayaan dolar sebagai aset pelaburan selamat dalam konteks geopolitik tertentu.

5. Tingkah Laku Pelabur Dan Sentimen Pasaran

Dalam beberapa tempoh volatil, pelabur mungkin meninggalkan aset selamat tradisional. Contohnya, terdapat situasi di mana harga emas jatuh seiring dengan kejatuhan pasaran saham dan mata wang selamat, menunjukkan kehilangan keyakinan atau pergerakan ke aset lain.

Kata Penutup

Aset selamat memainkan peranan penting dalam strategi pelaburan dan perdagangan, terutamanya ketika ketidaktentuan melanda. Sama ada anda menggunakan CFD untuk melindungi diri daripada volatiliti pasaran atau mempelbagaikan pendedahan pelaburan, memahami cara aset-aset ini berfungsi dan bila ia berkesan boleh menjadi strategi berharga dalam portfolio anda.

Namun begitu, penting untuk diingatkan bahawa tiada aset yang benar-benar bebas dari risiko!

Setiap satu datang dengan kompromi tersendiri, dan prestasi aset selamat boleh berbeza-beza mengikut keadaan ekonomi.

Menggabungkan pendekatan pengurusan risiko yang bijak adalah sama pentingnya dengan pemilihan aset yang sesuai.

Terokai rangkaian aset selamat kami, termasuk logam berharga, mata wang dan bon. Buka akaun live kami untuk mula berdagang sekarang.

Dividend Adjustment Notice – May 27 ,2025

Dear Client,

Please note that the dividends of the following products will be adjusted accordingly. Index dividends will be executed separately through a balance statement directly to your trading account, and the comment will be in the following format “Div & Product Name & Net Volume”.

Please refer to the table below for more details:

Dividend Adjustment Notice

The above data is for reference only, please refer to the MT4/MT5 software for specific data.

If you’d like more information, please don’t hesitate to contact [email protected].

Tinjauan Mingguan: Amerika Di Persimpangan Fiskal

Selama beberapa dekad, Amerika Syarikat bebas meminjam, disokong oleh keyakinan global terhadap bon Treasury dan kekuatan dolar AS. Namun, keyakinan itu kini mula pudar. Dengan hutang negara melebihi $36 trilion dan bayaran faedah yang meningkat dengan ketara, kos pinjaman kini menjadi tumpuan utama, mendorong pasaran untuk memberi perhatian serius.

Pada masa ini, kerajaan AS membayar kadar faedah purata sebanyak 3.289% ke atas portfolio hutangnya, yang merangkumi bil jangka pendek, nota sederhana dan bon jangka panjang. Walaupun angka ini mungkin tidak membimbangkan jika dilihat bersendirian, ia menjadi serius apabila dilihat dalam konteks lebih besar: jumlah hutang mencecah $36.18 trilion, berbanding KDNK sekitar $29.18 trilion. Kenaikan 1% dalam kadar faedah kini menambah lebih $360 bilion setahun dalam kos perkhidmatan hutang.

Bayaran faedah kini bukan perkara kecil dalam bajet persekutuan. Ia mula menyaingi program utama seperti pertahanan dan Medicare. Pada tahun fiskal 2024, perbelanjaan faedah menyumbang 3.0% daripada KDNK, hampir mencapai paras tertinggi 3.2% yang dicatat pada tahun 1991. Congressional Budget Office (CBO) meramalkan angka ini akan meningkat kepada 4.1% menjelang 2035 di bawah undang-undang sedia ada. Jika kadar purata naik ke 5.8% menjelang 2054, nisbah hutang kepada KDNK boleh melonjak kepada 217%, iaitu 50 mata peratusan lebih tinggi daripada anggaran semasa.

Ramalan ini bukan sekadar hipotesis. Jika hasil bon Treasury 10 tahun kekal melebihi 6%, kos faedah tahunan boleh meningkat kepada $2.1 trilion, atau kira-kira 7% daripada KDNK. Ramai ahli ekonomi melihat paras 5% sebagai tanda amaran serius, di mana bayaran hutang mula menjejaskan perbelanjaan kerajaan yang penting, dan pinjaman diperlukan hanya untuk membayar faedah. Ini biasanya petanda kepada krisis hutang.

Pengajaran Daripada Sejarah

Pada 1980-an, Federal Reserve menaikkan kadar faedah dengan agresif untuk membendung inflasi, dan hasil bon 10 tahun melonjak melebihi 10%. Namun, paras hutang ketika itu masih rendah, sekitar 30% daripada KDNK, jadi ekonomi masih mampu menampung impaknya. Menjelang 1990-an, apabila hutang meningkat kepada 50% KDNK, kos faedah yang semakin besar memaksa ahli politik melaksanakan reformasi bajet, membawa kepada tempoh singkat disiplin fiskal.

Dari 2010 hingga 2021, kadar faedah yang sangat rendah memberikan sentimen keselamatan yang tidak berasas. AS boleh menambah hutang tanpa akibat segera. Apabila Fed mula mengetatkan dasar, kos sebenar pinjaman kini menjadi lebih jelas dan tekanan kewangan semakin meningkat.

Di peringkat domestik, AS masih mempunyai sedikit ruang. Kira-kira 70% daripada hutangnya dipegang oleh pelabur domestik, termasuk Federal Reserve, yang menambah kestabilan. Namun, pergantungan berlebihan kepada pembeli dalam negeri boleh mengurangkan pelaburan swasta. Jika Fed menyambung semula pembelian bon secara besar-besaran, ia berisiko mencetuskan semula inflasi dan melemahkan dolar. Ia berkesan untuk jangka pendek seperti semasa pandemik, tetapi tidak mampan untuk jangka panjang.

Bagaimana jika hasil terus meningkat? Jika hasil bon 10 tahun melepasi 5.5%, tekanan fiskal menjadi lebih mendesak. Pentadbiran masa depan yang diketuai Trump, mungkin dengan pengaruh tokoh seperti Scott Bessent, mungkin mempertimbangkan langkah seperti pembekuan perbelanjaan, perubahan cukai, atau malah penstrukturan semula hutang. Memanjangkan tempoh matang bon untuk mengunci kadar semasa adalah satu pilihan, begitu juga dengan penjanaan hasil melalui tarif atau galakan pemulangan modal. Namun, langkah ini membawa risiko besar dan sangat bergantung kepada keyakinan pasaran.

Bessent berpendapat pertumbuhan KDNK yang kukuh boleh mengurangkan beban fiskal dengan meningkatkan hasil cukai. Walaupun munasabah, hujah ini tidak kukuh jika kadar faedah kekal tinggi atau inflasi terus membebankan. Pasaran mahukan reformasi sebenar, bukan sekadar ramalan optimistik.

Apa Yang Menanti?

Semua ini memberi kesan langsung kepada pasaran kewangan. Hasil bon yang tinggi menjadikan ekuiti kurang menarik kerana kadar diskaun ke atas pendapatan masa depan meningkat. Jika kos faedah melebihi 5% daripada KDNK, aset berisiko mungkin mengalami pembetulan yang lebih dalam. Penilaian ekuiti, terutamanya dalam sektor pertumbuhan, perlu menyesuaikan diri dengan kos modal yang lebih mahal.

Dolar AS berdepan cabaran keseimbangan. Hasil yang tinggi mungkin menarik aliran masuk jangka pendek, tetapi jika kemampanan hutang diragui, modal boleh keluar dengan pantas. Dolar yang lemah akan meningkatkan harga import dan membawa semula tekanan inflasi, sesuatu yang mahu dielakkan oleh Fed.

Kesimpulannya jelas. AS masih boleh membayar hutangnya, tetapi ruang untuk melakukannya tanpa akibat semakin sempit. Dasar fiskal bukan lagi isu jangka panjang. Ia kini menjadi pemacu utama pasaran. Dengan data penting mengenai inflasi dan KDNK akan diumumkan minggu ini, pelabur bersedia untuk menguji andaian ini.

Pergerakan Pasaran Minggu Ini

Indeks dolar AS (USDX) terus menurun dari kawasan 100.15, zon bekalan yang telah bertindak sebagai rintangan sebelum ini. Harga bergerak lebih rendah ke arah sokongan 98.30. Dengan dolar tersepit antara tarikan hasil dan keraguan struktur, ujian pada 98.30 boleh menjadi penentu. Jika sokongan bertahan, dolar mungkin membuat lantunan teknikal. Jika pecah, pembetulan lebih dalam mungkin menyusul, terutama jika hasil bon merosot atau inflasi mengejutkan ke bawah.

EUR/USD melonjak dengan jelas dari 1.1240, kawasan sokongan utama dalam sesi sebelumnya. Pedagang kini memerhatikan tahap 1.1470. Momentum kekal berhati-hati menaik, disokong oleh jangkaan dolar yang lemah. Namun, kenaikan seterusnya memerlukan pengesahan daripada data KDNK AS pada Khamis dan Core PCE pada Jumaat. Bacaan yang lemah boleh mengukuhkan struktur penembusan, manakala kejutan ke atas boleh menimbulkan turun naik.

GBP/USD meneruskan pergerakan menaik minggu ini. Apabila harga terus naik, perhatian kini tertumpu pada zon rintangan 1.3595 dan 1.3670. Memandangkan pasangan ini sensitif kepada panduan kadar faedah, ucapan Gabenor BOE Andrew Bailey pada Jumaat boleh mencetuskan reaksi teknikal. Pedagang disarankan memerhati tanda-tanda pembalikan menurun berhampiran tahap ini, terutamanya jika dolar mendapat sokongan sementara atau komen inflasi UK berubah nada.

USD/JPY kekal dalam julat, dengan harga menghampiri rintangan 143.30 dan 143.80. Tahap ini mungkin menjadi titik perubahan. Pergerakan menaik secara beransur-ansur diikuti corak pembalikan menurun boleh menjadi peluang jualan, tetapi lonjakan pantas yang disokong hasil bon harus memberi amaran kepada penjual.

USD/CHF bergerak lebih rendah tetapi berhenti hampir dengan sokongan penting 0.8330. Dalam lantunan semula, rintangan pada 0.8255 dan 0.8280 mungkin menarik perhatian penjual. Kekuatan pergerakan ke tahap ini akan menentukan sama ada terdapat kelebihan untuk penjualan.

AUD/USD kini didagangkan berhampiran paras tertinggi bulanan. Pasangan ini disokong oleh permintaan komoditi yang meningkat dan USD yang lemah secara menyeluruh. Jika pasaran menyatukan pada paras ini, zon 0.6460 menjadi penting untuk corak kenaikan harga yang baharu. Bull akan mahu melihat pembetulan terkawal ke dalam kawasan itu sebelum membuat kemasukan semula.

NZD/USD telah keluar dari julatnya. Jika ia berhenti untuk menyatukan, 0.5950 akan menjadi tahap penting untuk corak harga menaik. Keputusan kadar faedah RBNZ pertengahan minggu boleh menambah turun naik. Pedagang harus berhati-hati sebelum pengumuman ini, terutamanya jika pasangan ini berdagang secara agresif ke rintangan tanpa penyatuan.

USD/CAD jatuh sedikit di bawah zon rintangan 1.3920. Jika pasangan ini membuat pembetulan ke atas dalam sesi akan datang, 1.3810 menjadi kawasan tumpuan untuk corak menurun. Loonie kekal sensitif kepada pergerakan harga minyak mentah.

Komoditi menunjukkan pergerakan ketara, dengan minyak mentah (USOil) melonjak dari sokongan sekitar 60.20. Penembusan melebihi paras 64.534 boleh mengesahkan kaki kenaikan baharu. Namun, tanda kelemahan di bawah rintangan ini mungkin menunjukkan trend semakin hilang momentum.

Emas naik lebih tinggi minggu ini, mengabaikan paras 3220. Kini, pedagang menumpukan kepada zon rintangan 3400. Jika harga sampai ke tahap ini dan mula membuat pembetulan, kawasan 3305 boleh menjadi tempat permulaan baharu bagi bull. Sebarang ujian semula ke tahap ini perlu menunjukkan tindakan harga menaik yang jelas, terutamanya sebagai reaksi kepada data inflasi pada Jumaat.

S&P 500 terus pulih, bergerak naik dari zon 5740. Jika harga kembali menurun, 5690 adalah tahap penting untuk corak kenaikan baharu. Pergerakan bersih ke atas boleh menjadikan 6100 sasaran seterusnya. Namun, hasil bon Perbendaharaan yang meningkat dan ketidaktentuan dasar boleh menyukarkan kenaikan untuk dikekalkan.

Bitcoin kekal tinggi, dengan zon rintangan di 113,500 dan 123,000 dalam perhatian. Walaupun permintaan institusi dan sentimen ‘risk-on’ menyokong, tindakan harga kelihatan terlalu panas. Kesabaran dan pengesahan penting bagi mereka yang ingin mengejar kenaikan lanjut.

Peristiwa Penting Minggu Ini

Rabu, 28 Mei – Acara sebenar pertama minggu ini. Reserve Bank of New Zealand dijangka mengurangkan kadar tunai rasmi daripada 3.50% kepada 3.25%. Jika NZD/USD belum menembusi paras tertinggi 0.60238 lebih awal, pengumuman ini boleh mencetuskan pembetulan. Jika penembusan disahkan, nada dovish dari RBNZ boleh mempercepatkan penurunan seterusnya. Sama ada, pedagang sedang menanti reaksi yang jelas sebelum mengambil posisi.

Khamis, 29 Mei – Perhatian beralih kepada data KDNK Awal AS. Ramalan menjangkakan -0.3%, sama seperti suku sebelumnya. Ia mungkin tidak mengejutkan pasaran, tetapi butiran dalaman seperti perbelanjaan pengguna dan pelaburan perniagaan boleh menetapkan nada untuk cetakan inflasi Jumaat. Pedagang dijangka berhati-hati, membiarkan pasaran mencerna angka tersebut sebelum membuat pertaruhan arah yang besar.

Jumaat, 30 Mei – Hari yang penting. Gabenor Bank of England Andrew Bailey berucap pada sesi awal. Dengan GBP/USD menguji rintangan sekitar 1.3595–1.3670, nadanya boleh menentukan sama ada penembusan berlaku atau tidak. Nada hawkish mungkin mengukuhkan pound, manakala nada dovish atau berhati-hati mungkin menghantarnya kembali ke dalam julat.

Kemudian, data Core PCE Price Index AS diterbitkan. Ramalan 0.10%, naik daripada 0.00%. Bacaan melebihi jangkaan boleh membangkitkan semula kebimbangan inflasi. Jika ini berlaku, hasil bon Perbendaharaan boleh naik semula—dan begitu juga dolar. Ekuiti, terutamanya saham pertumbuhan, mungkin sukar mengekalkan keuntungan menjelang hujung minggu.

Akhir sekali, PMI Pembuatan China dijangka lewat sesi, dengan ramalan 49.5, sedikit melebihi bacaan sebelumnya 49.0. Masih di bawah garis pengembangan 50.0, data ini mungkin menjejaskan sentimen jika prestasi mengecewakan. Pedagang AUD dan NZD akan memantau rapat tanda-tanda kelembapan permintaan China.

Minggu ini bermula perlahan tetapi berakhir dengan tekanan. Bagi para pedagang, kesabaran adalah kunci. Peluang terbaik mungkin datang lewat, selepas habuk data hari Jumaat mula reda.

Buka akaun live anda dengan VT Markets dan mula berdagang sekarang.

Dividend Adjustment Notice – May 26 ,2025

Dear Client,

Please note that the dividends of the following products will be adjusted accordingly. Index dividends will be executed separately through a balance statement directly to your trading account, and the comment will be in the following format “Div & Product Name & Net Volume”.

Please refer to the table below for more details:

Dividend Adjustment Notice

The above data is for reference only, please refer to the MT4/MT5 software for specific data.

If you’d like more information, please don’t hesitate to contact [email protected].

Dividend Adjustment Notice – May 23 ,2025

Dear Client,

Please note that the dividends of the following products will be adjusted accordingly. Index dividends will be executed separately through a balance statement directly to your trading account, and the comment will be in the following format “Div & Product Name & Net Volume”.

Please refer to the table below for more details:

Dividend Adjustment Notice

The above data is for reference only, please refer to the MT4/MT5 software for specific data.

If you’d like more information, please don’t hesitate to contact [email protected].

Back To Top
server

Hai 👋

Bagaimana saya boleh membantu?

Segera berbual dengan pasukan kami

Chat Langsung

Mulakan perbualan secara langsung melalui...

  • Telegram
    hold Ditangguh
  • Akan datang...

Hai 👋

Bagaimana saya boleh membantu?

telegram

Imbas kod QR dengan telefon pintar anda untuk mula berbual dengan kami, atau klik di sini.

Tidak ada aplikasi Telegram atau versi Desktop terpasang? Gunakan Web Telegram sebaliknya.

QR code